That’s the end of March…

Too many things happened on this month. (kak azzura, nak tiru post kali ni, nak recap ape yg berlaku sepanjang bulan :D, dengan izin…)

For Bij-AK staffs
  • Amin got engaged with his dearly cik siti. They will tie the knot on end of May
  • Jon got married to neny.
  • Man become a daddy to absyar iskandar bin Sulaiman gerimy. He was born @ 3.11kg.
  • Romai got promoted to Group Project Manager

New babies in town…

  • My course mate Shima got a baby girl named Nayli Naqiyyah @ 3.695kg
  • My best friends Norman & Wan got a baby girl too named Eiman Cahaya Binti Noriman @ 3.5kg (what a nice name kan?)
  • Again, Absyar Danish Bin Sulaiman Gerimy was born @ 3.11kg
  • Erra Fazira also just delivers a babyG named Engku Aleesya @ 4.04kg. (amboi, bukan member pun nak tulis gak ni. hehehehe…)

    Congratulations all. Happy parenthood!

For us (me, wan and nia)

  • nia still not recovers from her cough and flu. Yesterday we brought nia to pediatrician at an-nur bangi and she was diagnosed having bronchitis. (At minor stage) sangat kesian… but she still very active though.
  • Nia has started to eat on this month. It was on 15th March 2009 to be exact. Her first solid food was nestle brown rice.
  • Nia has stop breastfeeding. I wish I could breastfeed nia for 1 year at least but what can I do, stok suda habis..
  • As for me? Well, as u guys already knew that I’ve lost my hp but found it back. We were having dinner at ayamas warta at that night. And I left my hp on the table, forgot to put back on my handbag. Luckily the manager kept my hp but WITH EMPTY BATTERIES AND ZERO CREDIT. (takpela, sedekah. Upah simpankan hp)
  • My camera’s charger was broke! Damn it! But I got a new one!. (nak jadi blogger tegar bak kata jiey, kene snap gambar di mana jua anda berada. Hahaha… So aku sgt la frust bila tau charger camera rosak masa tu)
  • We went to Melaka for our vacation.

I leave you with nia’s short clip. This was recorded a day before we go to Melaka. I record this for nothing purpose. I’m not adding a video for the entry nia @ 5 months old. I should be because I promised to nia’s opah, maklong, uncles and aunty to upload nia’s video once a month at least. Enjoy!

Bubye March…hello April. More exciting things to come as nia will turn 6 months in few days….

Rania melawat Melaka

Kami baru sampai di rumah. (wah, baru sampai da update blog ni. da selesai kemas sume, Cuma penat tak hilang lagi, tapi kene update gak malam ni sebab minggu ni akan sibuk) kemanakah kami?
On Saturday…

Kami ke Melaka bandaraya warisan dunia. Hehehe… actually me and nia followed papa to his school reunion. It was called kyser big reunion 2009. This event is held yearly. And this was the first time I participate. (takpe, nak bejalan punye pasal kan) oh, btw, he was studied at kolej yayasan saad during his secondary time. The event was really happening. I didn’t participate all the activities given as I was not the kyser, I only attend the session and activity in the morning and night. (time makan je aku datang. hahah.. lepas ni, confirm spouses takleh ikut dah :P)
The best session in this alumni reunion was the career talk. As time pass, we can see what the ex-student had achieved and they shared with all the students there. I’m quite amazed with their achievement as they now becoming a very professional in their own field of work. Fuyooo.. ku terasa diriku kerdil. Huhuhu… all I can say, with the hard work, anything is possible. Cewah!

This is the great hall of KYS where the career talk was held. The student who have long way to go to discover the true life.! Akak lepas dah, korang jangan jeles! :p

Nia at the session. She’s the youngest in the hall! Luckily she does behave.

All the kysers. I don’t know what the meaning of kyser is. Hahaha… aku malas tanya wan



It really brought my husband’s memories back! His locker during the school time. no 29. The susur gajah. Susur gajah ke? tak ingat dah aku…

This was at night during the closing ceremony. Next year of the reunion will be handle by wan’s batch. Ha kene buat lg gempak la ye bang!

On Sunday…

Kitorg amik kesempatan utk berjalan jalan di Bandar melaka, well, nia haven’t been here. Mama & papa were already bored with the place. Hahaha… poyo!

These were taken after the breakfast, nia with her pajamas. Muka pun masam! We thought to bring nia for swimming, but she still coughing and had flu. Sian la nia mama ni… yg kitorg ni pun satu, asal stay kat hotel je baru nak bawak nia swimming, selama lama ni, pool depan mata tak penah teringin nak bawak nia swimming. Hehehe..

Bawak nia pusing pusing kat dataran pahlawan. The weather was really hot!

Tempat wajib pegi 1, In the A Famosa

Tempat wajib pegi 2, memorial Tunku Abdul Rahman

That’s the end of our holiday….

Announcement!

Dear all,
I’ve lost my both hp last night. Office and personal. If u guys has my number in your contacts, kindly give your number through ym, email, blog or fs. I can’t be contact at the moment. Tq!
p/s : sudahlah jatuh, ditimpa tangga, padan muka....

bila ada anak kecil dirumah

bila ada anak kecil dirumah apa lagi yang mak bapak nak buat ye? sentiasa fikir ape yg tak cukup utk anak kita. nak beli macam2 gadget, dan macam2 lagi keperluan anak. kalau bole nak semua nya lengkap dan sempurna.
Setiap pagi, selepas aku mandikan nia sebelum hantar gi nursery, aku akan letak dia kat depan tv (dulu letak kat atas katil, tapi sekarang da pandai begolek golek, amatla bahaya) sementara nak tunggu aku pulak mandi. lepas tu aku tuka channel 611 astro ceria.
Aku perasan dia begitu tertarik menonton cartoon. kalo malam bila kami tgk berita or cerita lain ke, dia buat dek je. dia belek mainan dia je. tapi bila tgk cartoon dia begitu focus kat tv. siap begolek- golek sampai ke depan tv sebab nak pegang la tu. cerita pagi kat astro ceria ialah

bob the builder

langsung tak menangis bila dpt tgk cartoon. bila aku kua bilik je, tgk dia khusyuk tgk tv, sampai bole terlena sementara tunggu mama dia siap. hahaha... maka aku dgn wan telah bersetuju untuk mempelbagaikan cerita yang bole nia tonton, dengan menambah 1 lagi package, iaitu fun package! (ni bukan nia je suka ni, papa nia pun suka ni kot. lepas ni lagi berebut remote la kitorg. hahaha...)

pakej yg sedia ada untuk mini package ialah sports + variety +learning. dengan astro family + super package, movies. kitorg tambah fun package pulak. cuma RM5 tambahan je kat bil bulanan. ok la kan?

new channel to tune in : nickelodeon, playhouse disney, disney channel and cartoon network!

p/s : esok bila nia da besar, nia malas belaja, mama terminate balik ye. kali ni mama bagi sebab mama nak nia belajar. watch & learn!



Bila pertama kali hamil

Bila besembang dengan org yg tengah pregnant ni, dengan stranger pun bole jadi kawan. siap bole tuka phone number lagi. Hehehe… al-kisah, pagi td masa aku kat maybank nak bukak akaun, officer yg entertain aku tu, pregnant. Saja bukak topic sementara tunggu dia siapkan ape yg patut

Aku : da ape minggu awak?
Officer : arini genap 8 bulan (muka yg sgt excited)
Aku : 1st baby ke? Da tau boy ke girl?
Officer : ha’ah 1st baby. Boy la (muka lain macam je)
Aku : nak girl ke?
Officer : kite tgk barang kat kedai yg girl sume cantik2, comel2. kalo dapat girl, mesti bes shopping kan?
Aku : anak kite girl, dulu nak dpt boy, bile dpt girl betul la, mmg bes kalo shopping baju girl.
Officer : da kawen ke? Da ade anak? Bile besalin? Bape org anak? (ha amik ko, betalu2 soalan)
Aku : last year bulan 10. baru sorg. Kite kawen da la. tgk form tu kite isi. (kembang! Hahaha… eh tak la, mmg ramai ingat aku bujang lg. abang, sila jgn jeles! ;p)

Mula la conversation perihal mengandung dgn bersalin ni…

Officer : cmne ek besalin aritu ek? Sakit tak? Kite takut la, bedebar, mcm2 fikir ni. besalin kat mana dulu?
Aku : kite ceaser. Baby besau. Sakit mmg sakit. Dulu tak sempat balik kl, besalin kat perak.
Officer : ceaser ke? eiii takut nye. pantang camne ek? Mak kite da xde, mak mertua pulak tak sihat. Kite upah bidan je. Ok tak ek?
Aku : ala, normal ke ceaser ke sama je awak. pasal pantang dgn bidan pun ok. Janji kene jaga pantang. Tak saba ek nak tgk baby.

Selesai urusan bukak akaun

Aku : hope sume selamat ek nak deliver nanti
Officer : amik kad kite, nanti kite tanya awak lg ek. (kami bertukar kad)

Bila 1st time pregnant ni, macam- macam dalam kepala kan? .

  • tak saba nak gi check up, sebab nak scan baby, nak tgk baby
  • tak saba nak tau jantina baby
  • tak saba nak tgk perut membesar
  • tak saba nak rasa tendangan pertama dlm perut
  • tak saba nak beli baju maternity, nak pakai baju maternity
  • tak saba nak tunggu due date, nak tunggu baby kua
  • bila da ujung2 pregnancy tu, asyik tunggu nak turun tanda je.
  • selama 9 bulan dok sibuk search nama anak. Sebab nak nama anak yg paling best!
  • Tak saba nak shopping barang baby. Asyik2 pegi kat bahagian baby kalo masuk shopping complex

It’s a wonderful experience when we carry a human in our tummy for 9 months. Kan?

p/s : bagi yang tak cukup 9 bulan mengandungkan anak dia, mesti sama je perasaan nye kan? Cuma bulan nye je kurang ;)

gambar kiri, masa majlis buka puasa ofis aku. dah 9 bulan time nih. gambar kanan sebelum balik kedah, bagi duit raya dulu kat adik2 aku. gambar ni, 5 hari sebelum meletup!

nia's sleeping style - new version

When we woke up this morning to go to work, we found nia was not on her bed. She’s already slipped…

kitorg tido depan tv sebab kalo aku bangun nak buat susu, aku tak la takut nak gi dapur. Ade orang kat depan. :p macam ni rupenye bila org cakap “tunggu la bila anak ko da pandai begolek golek, sure da takde kat tmpt tido dia bila ko bangun tido nanti”.

yaAllah, memang tekejut nia da tebabas sampai masuk bawah coffee table tu. Sebab kat bawah tu aku letak ubat nyamuk letrik.

sejak nia da makan nia, dia punye waktu tido lebih lama. kalau sebelum ni dia akan bangun pukul 1, 3 dan 5 pagi, sekarang dia akan tido dari pukul 12 - 5 pagi. teruk nye la aku ni bole tak perasan yang nia lama dah nak makan. huhuhu... mama mintak ampun...

As per request

Hujung minggu yang agak sibuk...
As requested by nia’s maklong.

On Saturday we’ve been visited bythe not-so-newlyweds.. Kyan and hozair. Da kawin kan, kene la buat lawatan memperkenalkan ahli keluarga baru. (walaupun hozair da biasa dtg umah aku ni). hehehe… tapi kali ni title da betuka kan. So wajibla datang lagi sekali. So diorg lepak sampai petang. As requested by akak aku, aku telah bagi hadiah yang ko ari2 tanya da bagi kebelum. Da bungkus cantik lg tau. So puas hati ek! Hutang settle!

aunty noran & uncle hozair main denngan nia..

hadiah dari maklong nia untuk kyan & hozair

As requested by me & jiey

Biasa nya kalo da lewat petang aku da malas nak kemana2. Tapi dalam kepala ni dok ingat ampang point je ni. gara2 1 sms yg aku terima dari jiey. Mom’s care buat stock clearance! Mau tak senang duduk. Petang dlm kul 5 tu, dok kenen2 kan wan ajak pegi. As requested by me, kitorg pun pegi la sampai dalam kul 6. Mmg banyak sungguh barang nye dan yang paling penting harga yang sangat la murah! All mommies out there, the sale is until end of March! As requested by jiey, ini la barang yang aku beli. (tak yah jeles, sume pun ko da ade ;p) Banyak rompers tapi baru je beli baju nia, so beli benda lain.


Walker from rm149 aku dapat rm89.90. baby bip for nia, new shoes rm10, presents for my officemate’s baby rm-- (takleh bagitau, kang dia tau lak harga present utk baby dia ;), tights for nia rm29. (I’ve been looking for this for quite awhile, so am very satisfied I got this). sumbangan kepada mom's care - rm205. Murah bangat!

Akibat mama nia yg lupa daratan, nia kehilangan sebelah kasut nye. Ni je la satu2 nye kasut nia. Mcm tau2 je mama beli kasut baru ye…

As requested by nia

Dalam beberapa hari lepas, malam je nia meragam. Lepas tu dia kuat sangat menyusu. Aku dgn wan agak pelik. Pagi sabtu kami dapat solution yang kami merasakan dia lapar dan nak start makan. We’re not prepared for nia 1st solid food. Mmg takde bende. Yg ade hanya 1 paket smple nestum dapat kat alamanda dulu. Feeding set pun aku dpt maklong nia bagi masa nia lahir dulu. Aku pun buat la sepaket and guess what? Dia mmg lapa & nak makan dah! So kitorg pun pegila ke ampang point (jauh ni nak beli nestum nia. Selalu pegi jusco equine je) hehehe…. Nak beli makanan dia. As requested by nia, mama and papa bought these…

Walker, senang nia nak duduk (booster takde kat situ, yg ade highback chair), baby bip, 1 tin nestum beras merah, 1 kotak biskut

Nia 1st solid food. Tgk la muka yang seronok dpt makan.

As requested by my husband

Da lama tak masak, ade lebih 2 bulan kot. Lama tak? Hahaha… bz + penat. So as requested by wan, dia nak aku masak nasi ayam. Aku pun masakla nasi ayam. Nasib ingat lagi cmne nk masak. Hehehe…


simple chicken rice

ok tak rumah ni? ni bahagian dapur. pagi tadi dapat phone call dari makcik aku tanya sama ada nak menyewa umah dia ke tak. kitorg pun pegi tgk, masih belum decide lagi nak ke tak...

p/s : tak sempat nak amik bahagian lain, bateri kong. balik umah nak charge, charger rosak! hangin...

When nia meet the clown

Semalam lepas balik keje kitorg terus ke jusco equine nak beli barang dapur sikit. Lepas da settle sume tgk ade budak2 kerumun kat clown ni. dulu masa bujang or be-2, lalu jek, pandang pun tak. Skang ni lain la sikit. Bile Nampak je bende2 colourful2 ni, mascot ke kan, mesti la pegi sebab nak tgk respon nia. So apakah perasaan nia bila jumpe badut ni?

I was very confident to brought nia close to the clown because one thing for sure I knew she doesn’t scared of it. Siap nak pegang2 lagi tu. Muka blur macam biasa sebab tgh proses, “ape benda ni mama ?” hahahaha… (oh, btw, that’s me wearing the sling. view from the back)

The clown approached nia. Nia got a telephone made from the balloon! Amik gamba sat… alamak, mama nia pulak yang over. nia biasa jek. da dpt belon tu mula la nak masuk mulut kan.

posing skit. oh, bile aku pakai sling ni kan, mula la mata2 usha kat aku. especially yang tgh kendong anak w/out stroller. yang lagi best bile anak yang dia dukung tu tgh tido. it is very useful ;)

Baby carrier, sling and pouch

Kepada yang nak jadi babywearers ni, mane satu pilihan dihati. Kalo ikutkan, ramai aku tengok pakai baby carrier sebab nampak lebih stylo, ergonomic dan kaum bapa pun bole pakai. Kalo nak bandingkan dengan sling and pouch ni, most of the wearers are mommies. Tak penah nampak kaum bapak pakai pun.

So I did some survey for the past to 2 months because I’m thinking to get one. sebab? Sebab nya, kalau jalan jauh, aku malas bawak stroller. Kitorg belum beli mpv lagi, so boot kete tu limited la sikit space nye. Heheh… lagipun kat Malaysia ni dah ade komuniti yang menyokong baby wearers ni. so am thinking to be one of ‘em. So, after all the surveys that I’ve done, I choose to have……………………

The Baby sling! What brand? I bought from thebabyloft.com via online. This was my 1st time I’m doing online shopping. (Thanks very much to wana who recommend me to have the sling). Why I chose the sling? It is because there are 6 different styles to carry our baby. And it’s very easy to use it. (mesra pengguna la ni) and it can be use up to 18kg! from newborn to toddler.



front (snugg) carry, back carry, side carry, kangaroo carry. lagi 2 position tu nia tak mau sebab dia da besar kan. style baringkan dgn breastfeed kan. back carry tak berani buat lagi sebab dia kecik lagi.

me and nia's favorite position. mmg kelakar sangat tgk nia dalam kangaroo style ni. aku tak bole berenti gelak. bile da tegelak2 tu, nia pun tegelak2 jugak. this position is suitable for baby 5 - 6 months (masa untuk eksplorasi kan, mane bole dihadang mukanye) but the most comfortable position is side carry.

p/s: mak- mak skang ni mmg best. sampai nak dukung baby pun ade gadget. hahahah... memudahkan kerja. zaman dulu pun buat dah kan. pakai kain batik je. tapi macam tak cool la pulak kan. yang macam ni stylo sikit. ;)

Sebab wanita lebih cepat nampak tua

sesuatu yang menarik pada aku yang aku nak share dengan korang. kelakar jugak tapi ade betul nye kan? ape pendapat korang? :D
Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di Mata anda?
  1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tetapi kasihan kaum ibu ini, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. Layan jer sambung makan, buat2 x dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.
  2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... Takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau in kuat betul makan!"
  3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih Dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... Xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
  4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... Nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... Dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, Dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

p/s : bersyukur lah kalau dapat suami yang memahami ;)

last weekend

update...nia da sihat. cuma batuk nye yang tak ilang lagi. so ujung minggu lepas dapatla kami keluar. sabtu lepas officemate aku kawen. selamat pengantin baru kepada jon & neny!!!! kitorg sampai lambat sebab wan keje kan. nasib la pengantin tak tuka baju lagi kan. hahaha... tapi yang best nye, lauk dia. makanan kampung. hidangan dia nasi putih lauk ikan bakar cicah air asam, gulai daging panggang, pajeri terung dengan ulam2an. mmg la sedap. dah la tengah lapar kan. so ni la suasana sepanjang kenduri tu...

nia yang da sihat seronok bila dibawa berjalan. yang dukung nia tu GM aku nye wife, kak nik. yang macam cina tu anak dia muazzam. 1st time nia pakai head band, ok tak ek? ok la kan.. :)

geng2 officemate yang sampai lambat... terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan makanan yang sedap2 belaka

officemate aku jon, dengan isteri tercinta, neny. 1st time jumpe neny ni. tu yg teruja sgt nak pegi kenduri jon ni. mereka pasangan pengantin yg sempoi! to neny :- welcome to Bij-AK family :D

ari ahad pulak, hari meng qada' tido. tapi sampai tengah hari je. petang tu kami ke alamanda untuk makan tengah hari. late lunch. nia pun da sihat tu pasal dia gedik2 nak bejalan. kalo dok umah je mula la buat perangai.

saya sudah sihat. cuma batuk2 je. saya sangat happy sebab mama dgn papa bawak saya pegi jalan2.

seronok tengok nia seronok!

anak dara ku sakit lagi

hhmmm...kali ni mencabar sikit. pakej all in 1 penyakit nia kali ni. nia diserang sakit perut dan cirit birit. lepas tu bila da cirit birit dia punye bawah sampai melecet. kesian la aku tgk anak aku ni. semalam ami EL sebab nak jaga nia. arini tak boleh dah. tapi anta nia lewat sikit kat nursery dia. so, dia meragam je la lepas tu nak dgn mama dia je. pagi td, badan dia panas pulak lepas tu ade batuk sikit.

bayang kan bape banyak ubat aku kene bagi. aku dpt ubat kembung, tahan sakit, relax, antibiotik, demam, batuk, ubat sapu kat bawah dgn air garam utk ciri birit. bayangkan camne cabaraan nye nak bg nia makan ubat2 nia. tapi alhamdulillah, nia nye cirit birit beransur pulih cuma risau kan demam dengan batuk dia. perubahan cuaca yang kejap ujan kejap panas mungkin buat nia demam. lagi pun, nia tak boleh menangis lama2. kalau tak, badan dia panas. semalam sebab meragam je temperature sampai 38.6. tapi lepas bagi ubat & lap2 badan dia, surut dah. nia mmg jarang menangis kecuali lapar. pagi ni panas balik. sian nia, cepat baik ye sayang... kite soh papa bawak gi jalan2!

satu yang amat melegakan, bila nia masih mampu tersenyum

p/s : risau bila anak sakit ni, walaupun sikit sakit nye. orang cakap, biasala, budak2. tpi aku tak biasa....


birthday celebration

ok, entry yang ditunggu tunggu gamak nye ni. last sunday my family went to teluk batik to celebrate our beloved brothers and sister's birthday. (kumpulkan sekali terus sebab kami sekarang ni susah sangat nak get together. kalau ade pun time raya. tu pun belum tentu since aku da ade 2 kampung kan) tapi ni pun kurang lagi sorg. adik bongsu aku si asyran tak leh balik dari asrama. birthday adik aku amalina pada 13/3/1990, dan adik kembar aku ainal dgn akmal adalah pada 11/4/1988.

macam biasa, kitorg makan ikan bakar di tepi pantai. sangat la meriah & happening. makan sampai muntah, sampai tak larat nak makan dah. da lama tak gather 1 family macam ni and celebrate birthday.
so, happy birthday kepada adik2 ku sekalian. ingat, usia makin meningkat, kene tingkat kan ilmu, ibadah dan yang penting jadi anak yang soleh / solehah dan adik yang soleh / solehah kepada kakak- kakak ko ni. :D ape2 pun aku sayang korang! ina da dapat hadiah kan, ainal akmal nye hadiah mintak dgn kak long. hahaha...
the birthday cake. tertera di kek "SELAMAT HARI LAHIR AMALINA, AKMAL & AINOL" tah ape- ape org secret recipe ni silap eja nama ainal pegi ainol pulak.

adik- adik ku yang poyo posing sambil potong kek. standard pose bile celebrate birthday yek. hehehe...

kitorang yang buat medan ikan bakar tu macam umah sendiri. hahaha....

inila aktiviti yang paling digemari oleh en ridzuan. dia suka pilih ikan, sotong, udang kalau makan seafood.

makan time...


kitorg kalo balik kampung selalu tinggal stroller kat umah sebab semak boot kete. itu yang tengah survey baby carrier. senang, jimat ruang. maka, masing2 amik giliran dukung nia. tapi, nasib baik la nia mood nye baik. yela, da bawak bejalan kan, sengih je la kan.

bila cicit bertemu moyang nye...

sambung lagi... lepas jumpe damia, nia pun singgah jumpa moyang nya. yang paling bes bila jumpe moyang nia ni, moyang nia terus cakap "macam muka mama la nia ni" waahhhh.... jarang org cakap muka nia macam aku tau. ade la beberapa orang je. huhuhu...


nia ni cicit yang ke-7 dalam keluarga haji mustafa. alamak, moyang tak pakai baju la pulak. tak kisah la, nak tunjuk jugak. moyang cakap nia baik sbb nak kat orang. (time dia nak la ni, syok la, cuba time dia buat perangai. huhu...)

kami melawat atuk kami. mood nia masih ok lagi. syok ditimang timang, dilambung lambung. mane opah? opah pegi bejalan jalan...

nur damia irdina

lepas majlis aqiqah naufal, kitorg pun singgah kejap ke umah jiran sebelah opah aku sebab anak dia nani (sebaya aku) baru je melahirkan damia ni. nani masih lagi dalam pantang sebab dia baru bersalin 22/2/2009 aritu. so kebetulan lalu kat umah dia tu kami pun singgah la kejap.


bila nia bertemu mia. dia suka jumpe dgn kawan dia. kene pegang tangan nia ni, kalo tak abis kaki mia dikerjakan.


mia yang muka nye macam mama dia. kat atas tu la mama dia, nani dukung nia jap. selamat bepantang la nani. time aku lepas dah. heheheh...

zoey ismal naufal

canggih tak nama ni? pada pendapat aku mmg la urban. btw, sabtu lepas, ade majlis aqiqah jiran umah opah dgn atuk aku. jiran sekampung la. kene la bejalan sikit kalo nak ke umah tok isa ni. kenduri aqiqah sempena kelahiran baby yang bernama zoey ismal naufal. kitorg sampai agak lewat, tapi masih lagi meriah. masa sampai je agak tekejut dengan kemah yang dipasang. punya la grand macam org kawin pulak. lepas tu siap ade live band. mmg la grand kan? hehehe... kitorg pun teruja la nak jumpa baby ni. kitorg diberitahu nama zoey ni dalam bahasa german, ismal ni combination nama mama & papanya is + jamal. then naufal la nama panggilan nya. umur naufal masa kenduri ni iala 60ari. jom kita tgk gambar sekitar majlis...


kitorg park kete kat umah atuk kitorg. ni ondway ke umah tok isa. cuaca agak panas tengah hari tu, maka tuan puteri ni mestila dipayungkan. tapi, nia nak pegang payung sendiri, tak padan dengan kecik. "takpe uncle ainal, nia bole pegang sendiri, tepi sikit tangan uncle tu"

grand nye kemah kan? macam pegi orang kawin pulak. theme dia kaler biru. kami yang ondway ke majlis.

baby naufal. masa kitorg snap gambar dia, dia senyum pulak. sebelah tu buaian dia masa majlis naik buai dengan cukur jambul. cantik kan buaian dia. live band yang tengah nyanyi lagu sepohon kayu daunnya rimbun... :)

nia jangan jeles, mama ade baby lain. nia pun nak bemesra dengan baby naufal ni...


masa ni nia betul2 in a good mood. asyik tesengih je. nia kalo macam ni hari2 kan bagus, senang mama dgn papa nak bawak gi jalan2.

bila da balik kampung...

haaa...lama dah tak update blog. bukan ape, cuti panjang kan. makanya kitorg sekeluarga pun amik kesempatan untuk pulang ke kampung. kali ni turn balik umah aku. balik perak. kitorg gerak hari sabtu lepas wan balik keje. (apeda, sabtu pun keje lagi ke bang, orang lain sume cuti dah tau) so, bila da balik kampung, ade la beberapa acara yang perlu dipenuhi. sangat la penat, tapi sangat la enjoy balik kali ni. aku akan update satu per satu. antara tajuk2 entry aku yang akan datang ialah :
  • zoey ismal naufal
  • nur damia irdina
  • birthday celebration
  • the snakefish
  • slumdog millionaire (baru dapat cite ni dari adik aku, will review after watched it.)
  • hutang tag - peti sejuk (ni takde kena mengana dengan balik perak ek. cuma hutang tertunggak kat wana. hehehe...)

ni antara perkara yang berlaku sepanjang weekend lepas. will update more soon!!! sebab tgh upload gambar + kerja....

balik kampung...oooo balik kampung. tengok la co-pilot sebelah wan tu yakni adik aku dari johor, membuta je keje. nia pun tido sepanjang jalan. bila bangun, "eh tak sampai sampai lagi ke mama". hujan lebat sepanjang jalan. sebelum tu singgah kat slim river tengok adik bongsu aku, asyran kat asrama dia. sebab dia tak leh balik sebab next week da cuti sekolah.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in