biasa aku post 1 entry 1 ari, and sume schedule post. tp sebab hatiku sedang panas menggelegak, this incident was happened this morning..
pagi ni, seperti biasa aku ke ofis ikut jalan belakang, putrajaya. kalau ikut pekan cina jalan jem. so, kalau ikut belakang tu, ade la banyak lori yang kua masuk kat jalan tuh. aku sedia maklum lori yang banyak itu, sebab hari2 lalu jalan tu.
tapi, tadi, masa aku berada di lane kiri, ade lori kat belakang aku, cuba nak masuk lane yang sama. so dia kekanan la sikit. tapi aku cepat2 la nak kedepan sebab lane tu da makin dihimpit dgn lori tuh.
tapi, dengan tak semena- mena aku dengar bunyi kete aku digesel. bunyi yang agak kuat. aku da tau, lori belakang ni punye keje. aku da bg signal nak berenti, tp lori yang besar tu buat dek je tak reti nak berenti kan lori dia. dia slumber je drive mcm takde ape berlaku.
aku dgn hangin nye, mencapai camera dan snap gambar lori & plat number lori itu. lalu aku mengambil keputusan utk follow lori tu sampai ke destinasi. dalam hati, lantak la sampai ke kedah pun, minyak aku full tank.
lori tu menghala ke puchong sedangkan ofis aku ke serdang. takpe, nak menuntut punya pasal, aku ikut jugak. lepas tol puchong, aku dapat lepas dulu sebab pakai touch & go, aku himpit ke kiri, sebab aku nmpk lori tu kat lane kiri. dan lori tu berenti belakang kereta aku.
aku : apsl tadi pakcik taknak berenti?
pakcik : mcm mana pakcik nak berenti, awak tgk la kete banyak, jalan jem
aku : abis, pakcik ingat pakcik tak buat salah ape2 ke? da la tak berenti, dgr kete saya bedentum kemain kuat td. saya ingat da kemek teruk dah. saya bukan nak kejar sangat pakcik sebab nak mintak duit, tp saya nak pakcik responsible la ape yg dah pakcik buat. saya da la keje belah serdang, dah kena kejar pakcik sampai kat sini. saya ingat dah nak call suami saya dari Klang suh datang. saya da nmpk polis trafik kat tepi tadi, tp tak sempat nak panggil sebab pakcik laju sgt mcm nak lari. mana saya tak marah.
pakcik : yang awak pun satu, takkan la tak nmpk lori pakcik nak lalu, pakcik mmg tak nmpk kalau ade kete ke moto kat kiri.
aku : abis, takkan la saya pulak nak tunggu pakcik lalu, dari begesel sikit kat belakang ni, abis begesel satu kete nanti, silap2 masuk longkang tepi tuh. pakcik nak tunggu jadi camtu baru nak berenti ke?
pakcik : diam terkedu, sambil tgk kecederaan di kereta aku...aku : so macam mana ni pakcik?
pakcik : awak keja mane? kita jumpe kat bengkel arini, sebab pakcik nak ke shah alam ni.
aku : ok, lepas habis keja, saya datang ofis pakcik, kat seri kembangan, sebab ade banyak bengkel kete kat sana.
pakcik : ok, amik no pakcik. nama pakcik Ali.
aku : ok, harap pakcik tak lari la, sebab saya da ade banyak gambar lori pakcik ni. saya bole report kat polis.
pakcik : saya mintak maaf la sebab saya tak sengaja. petang nanti cari saya. saya smpi malam kat ofis, bole nmk lori saya ni.
aku : ok, petang nanti kita jumpa. pakcik jangan langgar kete orang laim pulak.
pakcik : senyum...
korang nak tengok besar mana lori yang langgar kete aku tuh? sila tengok gambar dibawah. disini, amat penting camera dibawa kemana- mana. kalau2 jadi kes camni, langgar lari namanya, kita ade bukti nak report polis ke.

ni masa lepas je dia langgar kete aku. dia pass by gitu je. tak ke macam haram?

aku decide nak follow lori ni. tak kira la mane dia punya destinasi. dia purposely asyik brek2 je sebab may be dia tau aku kat belakang dia rapat. tapi aku nekad, nak kejar jugak. dia bawak agak laju...

ni lepas berenti lepas toll puchong. korang tengok bape panjang nye lori tuh? kalo aku decide bagi dia lalu dulu tadi, mau tegesel 1 body kete aku..

ni la pesalah itu. pakcik Ali, tgh tgk kecederaan kat kete aku. dia baik, tapi aku jadi marah sebab dia lari camtu je. terus aku hangin habis...

scratch at the body. tercalar hatiku. apetah lagi hati suamiku.....
note : japgi nak kua buat police report, nak gi toyota set appointment utk repair & claim insurance......