Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

4 Syawal...

kat sini, family aku bermalam di rumah aku yang takde ape2 makanan. heheh... so pagi2 lagi, maksu da ajak breakfast kat umah diorg kat puchong. sambil beraya. sampai rumah maksu dalam kul 9. makan mihun goreng + ade tomyam + roti telur. mmg best. nak2 tgh lapar kan. selesai beraya dirumah maksu, kami bergerak ke kubur arwah atuk, nenek & maklong di Sungai Sekamat, Kajang. tapi aku tak turun sebab panas terik, tunggu nia je la dalam kete. sementara menunggu dalam kereta... selepas ke kubur, kami ke rumah sepupu ayah kat area tu gak, then ke rumah tok khalid jiran lama di cheras jaya. rumah makngah di cheras jaya gak, rumah paklong di kajang. haritu, kami dah cover semua rumah adik beradik ayah. selesailah kunjungan utk hari itu... tapi, masa banyak lagi.. kemana pulak destinasi kami? mulanya nak ke jusco balakong je. tapi, ayah aku ajak gi jalan TAR sebab nak cari songkok. kitorg pun meredah KL, ke jalan TAR. waaa.. best gila sebab takde orang, bole baring atas jalan. hahahah... aya

3 Syawal...

raya ke-3 kami kembali beraksi. arini kitorg akan turun ke kajang utk melawat kubur arwah atuk & nenek belah ayah disamping beraya di sana. sebab semua adik beradik ayah ade kat kajang. plan nya nak gerak pagi la. tp dah nama pun ramai org nak bergerak, so drag la sampai kul 12 lebih baru gerak. naik cair la make up aku. dan naik rimas la nia tunggu nak gerak, tapi tak gerak2 lg. hehehe... maka, sesi bergambar baju casual perlu diteruskan. layankan jela sementara nak tunggu gerak... from left : uncle akmal, aku, nia & maklong nia... baju aku dgn akak aku mak aku yang bagi. tq mak, next year bagi lagi ye :) berpakaian sedondon adalah tidak dirancang. kebetulan wan ade t-shirt hijau. kalau tau, bole pakaikan nia baju ijau gak. :) azyyati, alyyani, amalina, ainal, asyran, akmal + rania ayesha bergambar dengan mak pulak. ayah baru nak gi isi minyak & isi angin tayar - punca lambat.. aksi maksi nia di dalam kereta sepanjang jalan. aunty ina yang suka sgt amik gambar nia... ni la

2 Syawal...

hari ke-2, kitorg lepak2 rumah je sebab ramai tetamu yang datang bertandang. tapi petang nye kitorg ke rumah tok sedara aku kat seri iskandar. wan tak penah lagi pegi rumah tokwe tu. time ni la nak bawak dia kenal- kenal dengan 2 pupu kitorg. lepas tu singgah jap ke rumah kawan aku yang bakal menamatkan zaman bujang hari rabu. tak dpt pegi, sebab nak raya ke kajang pulak. dia pun satu, buat kenduri hari rabu, buat la weekend ye tak? begambar sebelum kua umah. nia muka masam sebab kena kejut dia dari tido nak gi beraya.. muka masam lagi... posing kat rock garden opah..dah mula senyum.. dan itulah dia senyuman yang dinanti... :) sebelum tu, aktiviti disiang hari, melayan nia la. nia pun da mula nak berjalan, so, aku dgn wan tak putus2 berlatih nia berjalan. & nia pun jenis tak cepat putus asa. kalau nak ikut kan, dahi tu da bape kali benjol sebab cubaan berjalan sendiri. so this time, kitorg assist sampai dia betul2 stable nak berjalan... lokasi : belakang rumah sebab kat depan ade

1 Syawal...

yeay hari raya! sebelum tu, entry ni gambar dia banyak skit, harap korang tak muntah ek. heheh... tahun ni raya lebih bermakna sebab 1st time beraya dengan nia & berada dekat dengan keluarga. pagi- pagi lagi dah dengar suara ayah kitorg soh cepat- cepat siap nak gi semayang raya. ayah cakap, aku tak yah gi sebab nak jaga nia. aku lak berkeras nak pegi sebab aku cakap nia kalau time aku semayang akan dok diam. maka tahun ni, aku berjaya semayang raya! hehehe... bangga tau. sebab siap bawak anak kecik + tak bising langsung. duduk diam je dia. bagus anak mama ni... baju kurung pertama nia buatan opah nia. rambut belum touch up lagi tu.. macam ni la kalau nak ikat rambut nia. kena ada assistant. kalau tak, tak jadi la tocang 4 aku kat nia ni. uncle ainal tengah mengalih perhatian nia. kalau tak, dia tarik rambut dia tu. getting ready for photo session... kami bertiga, happy dihari raya... :) papa & nia... mama & nia... kami berenam. tahun ni lengkap berenam... family portrait 2

30 Ramadhan...

sehari sebelum raya mestila agak busy kat rumah dengan persiapan nak raya. tahun ni tambah meriah bila wan sponsor parents dia beli sofa set baru. wajibla excited ye tak? pagi2, mak mertua aku da busy di dapur. tapi terbantut bila stok kelapa parut tak sampai2 lagi. smpai hangin la mak mertua aku. dekat tengah hari baru dapat. itu pun bila santan express. kitorg pun da nak bertolak ke perak dah sebab nak berbuka kat sana. sebelum tu, amik kesempatan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga sebab esok da nak raya. walau pun penyimpan mohor besar tak announce lagi. hehe.. nia dapat duit raya dari tokwan. ni angpow ke-3 nia. tq tokwan! amik gambar sekeluarga sebelum balik.. nia bubye kat cikmas pulak... dapat duit raya dari cikmas pulak.. ok maktok, nia balik dulu, next year, turn nia raya sini pulak ye.. kitorg bertolak dari kedah kul 3.30, sampai kat perak dalam kul 6. hujan lebat sepanjang jalan. bukan sepanjang jalan je, sepanjang hari. sampai je rumah, seperti dijangka, family aku masih m