Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

booking bersalin

raya haji lepas, kitorg beraya di perak, aku amik kesempatan utk booking bersalin kat tempat aku bersalin kan nia dulu. entry raya lepas ni ek, sebab ada beberapa fakta menarik utk dikongsi pasal check up kali ni. suasana di klinik sangat lengang. sebab raya kan, so takde la yg check up time2 raya ni. kitorg lak, time raya ni baru datang sini. dulu masa bersalinkan nia time raya puasa. lengang gak wad. tp klinik penuh la. tak banyak berubah. semua nya sama je. tetibe ter-flashbak memory lane, saat2 melahirkan nia. mmg pengalamn yang sangat berharga. kali ni insyaAllah aku akan lebih bersedia sebab dah ade pengalaman. tapi.... tapi ade beberapa perkara menarik untuk dikongsi bersama : baby berada dalam kedudukan songsang (breech) . last check up, kepala dia dok bawah. hmm.. berat baby 1kg. sepatutnya berat baby mesti 1.2kg utk aku yg da masuk 7 bulan. doktor cakap size baby kecik . so, kena banyak makan protein, susu & takleh skip obimin sebab kedudukan uri kat atas & size baby

tukar lagi

salam aidil adha kepada semua. camne sambutan hari raya kat tempat korang? taman umah mak aku tahun ni korban 5 ekor lembu. tapi hanya akan dibuat esok sebab tadi takut tak sempat utk sembahyang jumaat. raya haji pada kami ni lebih pada bersantai dirumah & berkumpul sekueluarga. yup, blog aku bertukar wajah lagi. sempena aku da bosan dengan tempalte lama. sampai satu tahap menyampah nak tgk blog sendiri. nak post entry pun rasa tak semangat. dah alang- alang balik ni, adik aku cum i.t manager aku telah men-transformasikan blog aku. tapi aku masih tak puas hati sebab certain time dia akan appear summary post je & kena klik readmore. tak bekenan la aku part tu. macam leceh pulak korang nak kena klik readmore tu lagi kan. saba ye, we will work on that. dugaan nak blogging kalau ada anak kecik ni begitu tinggila. ade je halangan. huhuhu... my modus operandi while blogging - papa jaga nia. suamiku yang memahami. :D

sepatutnya...

sepatutnya esok tak yah datang ofis, tapi cuti tak diluluskan sepatutnya kalau raya haji, mmg ofis aku cuti lama, tapi tahun ni sebab bos celebrate raya haji kat australia dia tak bagi lak cuti lama. ish... sepatutnya nak raya ni, bole rileks2 kat ofis, tapi memandangkan bos akan away utk beberapa lama banyak benda kena setelkan sebelum bos fly. ish lagi... sepatutnya malam ni da ada kat umah mak aku kat perak, tapi sebab esok kena datang ofis stuck la kat cemara ni lagi sepatutnya raya ni tak balik kedah, tapi kena balik sebab adik ipar aku tunang ahad ni. (tak kisah yang ni. cuma last minute kan, tak dan buat ape2) sepatutnya hari ni dapat jumpa dgn bakal abang ipar, tapi hajat tak kesampaian sebab stuck kat sini sepatutnya esok da janji kat cikgu nia, tak hantar nia, tapi sebab dah kerja kena gak hantar nia kejap sepatutnya raya- raya ni orang balik kampung, tapi ramai lak kawan- kawan aku yang kawen weekend ni (maaf la nannee & along sebab tak dapat attend wedding korang. btw,

tag 26 - interesting facts

haaa.. tag lagi? ok2, kali ni tag ni senang je. heheh.. tag ni aku dpt dari kak mas. tag pasal fakta menarik utk dikongsi. jom kita tgk :) a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award. kak mas seorang surirumah sepenuh masa. dulunya seorang jurutera kat TM. betul kan kak mas? correct me if i'm wrong :) punya sepasang cahayamata. faiz & sufia pandai masak! sebab selalu bagi aku terliur bila tgk blog dia :) walaupun tak pernah bersua muka, aku dapat merasakan yang kak mas ni seorg ibu yang penyayang. bejauhan dgn hubby sebab hubby nye kerja diluar negara. tu yg kak mas jadi fulltime housewife. betul kan kak mas? pandai2 je aku ni, tapi rasanya betul. :) b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies aku seorang yang mudah didekati walaupun pertama kali berjumpa aku seorang yang periang aku seorang yang suka makanan barat aku seorang yang suka membeli belah aku seorang yang suka pegang remote kalau tgk tv aku seorang yang t

wedding ceremony : izma & pyan

program diteruskan. selepas majlis nikah, malam nye diadakan majlis khatam Quran. gitu gini, kitorg pulang ke hotel lebih kurang jam 12.30 tgh malam. walaupun sepupu, tapi bila ade kenduri kahwin ni, da rasa macam family sendiri. tu yg excited sgt tuh. signboard diletakkan bunga manggar sebelum dipacak ke landmark tertentu.. time ni nia dok tahan mata sebab da pukul 12 lebih. walaupun dia ngantuk tetap tak nak tido sebab ramai orang. kat kuala selangor ni kitorg stay kat de palma inn kuala selangor. baru tau kat k.selangor ade de palma. nasib baik ade bilik kosong. dapat la 2 bilik utk mak ayah & kitorg. sampai bilik da kul 1 pagi, terus tido... pagi- pagi kul 7.30 pegi breakfast dulu kat cafe hotel. makanan kat sini, tak sedap langsung. tak banyak choice. cereal pun takde. makan je la ape yg ade. sebab baby chair takde, nia dok je la atas meja. nia suap mama pulak.. lepas check-out, terus ke rumah pengantin. theme utk bersanding hitam silver. kebetulan nia ade dapat dress dari aun

@ solemnization ceremony : izma & pyan

lepas ke sungai buloh, kami meneruskan perjalanan ke kuala selangor. ke rumah pakcik aku. (nasib 1 jalan, kalau lain jalan, mau ade yang kena skip kan? heehehee..) hari itu, 21/11/2009, cik nurizmaliza (along ima) telah bertukar status kepada puan dan menamatkan zaman bujang nya dengan en soffean (pyan). ima merupakan salah seorang sepupu aku. kitorg ramai along. sorang lagi along da kawen, ade lagi 2 along yang masih single. along ayu & along azy (akak aku le ni). kitorg sempat sampai sebelum majlis nikah bermula. sampai je, naik kebilik pengantin, tgk pengantin tgh final touch up. cantek nyela... teringat zaman kawen dulu. :D selepas solat asar, kami ke masjid utk majlis nikah. bapa pengantin sedang menyampaikan sesuatu kepada anakanda tercinta. time ni pengantin rilek je, kitorg lak yg over ala2 sebak gitu. huhu.. sebab ayah pengantin suara nya da tersekat- sekat. ye la, nak melepaskan anaknye kan.. the moment of truth, dengan 2 kali lafaz, pyan & along ima sah bergelar suam

@ khaleed 1st birthday party..

oi, banyak nye sawang dalam blog ni. blog sape nih? kata nak jadi blogger tegar kan. hehehe... kalau korang perasan kat 'my status' aku tuh, aku agak sibuk minggu lepas. dari isnin sampai la ahad (semalam). harini pun gitu gak. tapi, ade org suda tego blog aku da nmpk sawang, aku update ye. ;) sabtu lepas kami ke sungai buloh untuk menghadiri majlis aqiqah & sambutan hari jadi anak buah officemate aku, rizal. al-kisah, insan yang dirai ni berusia setahun jumaat lepas. khaleed namanye. tapi bapa nye telah pulang kerahmatullah semasa dia berusia 3 bulan lagi. semasa khaleed di dalam perut ibunya, ayah khaleed telah mengalami kemalangan jalan raya menyebabkan dia koma hingga hujung nyawa nya. ayah khaleed sempat mengenali khaleed semasa dia di icu tapi hanya mampu memandang dan menggunakan isyarat mata sahaja. hanya air mata nye saja kelihatan membasahi pipinya tanda dia tau itu adalah anaknya. khaleed tak bekesempatan utk mengenali ayahnya & begitu jugalah dengan ayahnya

8 - 11pm @ JJ

malam tadi kitorg keluar ke jusco sebab nak beli groceries, hadiah kahwin & birthday. hujan baru je berenti so lagi senang nak kua umah. kalau hujan mmg susah la kan. walaupun kereta berbumbung dan masuk JJ tapi still rasa susah. kitorg sampai- sampai je terus beli hadiah utk cousin aku yang akan kawen sabtu ni. weekend ni kitorg berkampung di kuala selangor utk attend wedding along ima & pian. so share beli hadiah dgn ayah, mak, along & kitorg. hadiah dari family kami. sebab ramai yg masuk share, kena la beli yang grand sikit. gitu- gini, setel beli hadiah dalam kul 9.30 gak. lepas tu kitorg tak dinner lagi, terus pegi kenny rogers utk dinner. kalau masuk kenny kat jj equine dalam kul 9.30 ni, muka staff2 diorg da ketat2 sebab da nak tutup masih ada customer. tapi, belum tutup kan? so bole la masuk. kitorg da banyak kali pegi around this time. so da expect akan disambut dgn muka2 ketat diorg. my modus operandi - bawak sudu plastik siap2 so nia takkan amik sudu kat situ. bi

tag 25 - gambar- gambar lama...

lama tak kena tag. dan lama tak meng-tag orang. tag ni aku dapat dari cik ada. korang wish la budak ni gudluck sebab tgh berperang kat dewan pekse. SPM start arini kan. sama la dgn adik aku asyran. diorg be-2 ni satu sekolah. tu yg aku kenal si ada ni. panjang lak intro nye ye. tag nye satu arahan je, tapi agak banyak gak keje nye. heheh... tag nya berbunyi : UPLOAD GAMBAR- GAMBAR LAMA KORANG yang lama ok. bukan takat lama 2 3 hari tapi yang lama 2 3 tahu n... kalau nak cari gambar lama mmg jenuh kan? sebab dulu mana ade digital. so kena la scan gmbr semua. tapi kalau 2 3 tahun lepas, da ade digital so bole la aku tempek. lagipun mmg ade satu folder aku simpan gambar masa study dolu- dolu. jom kita saksikan... gambar ni tahun 2001 (ha ada, bukan 2 3 tahun lepas, 8 tahun lepas tau akak letak. hihihi...) masa matrix kat kolej kurniawan. ni la dorm mate aku. kitorg nak pegi sambut merdeka kat stadium kot time nih. amboi, mak soh belaja, korang pegi bejalan ye. L-R : along, fadia, AK

sabar, sabar & sabar....

semalam, lepas amik nia terus beli barang dapur ingat nak masak dinner. sebab da lapar sangat nak makan kedai dah tahap jemu. sekarang mmg aku tak dukung nia bila sampai umah. turun kete, bawak dia bejalan naik lift. jauh & lambat skit la nak sampai sebab banyak sgt pit stop nye. sampai rumah terus la masuk dapur, baru nak start masak tgk air slow gile. sah la umah aku takde air ni. sejak dok umah ni (sejak bujang lagi), sampai skang ni la masak penduduk apartment cemara. asyik takde air je. sebab kitorg bayar air kat management instead of syabas. so selalu jugak la mengalami masalah ni. tapi, dengan air yg slow tuh, aku masak gak sebab tak tahan dah lapar. tapi... si kecik buat hal! makin besar perut ni, makin manja + mengada si nia ni. dari aku start masak sampai setel masak kot aku kena hadap dia, dukung dia sume. sejak dari pagi semalam dia buat hal ni. aku nak mandi dia bole menangis macam kena dera. elok je aku dukung, terus senyap. ape tuh? sabajela... mmg kena banyak sabar.

just the 2 of us...

selamat hari isnin semua ...pagi ni mood swing skit la. nak update blog pun malas. nak buat keje pun malas. nape ek? ade la yg tak kena kat aku ni. btw, last weekend aku be-2 je dgn nia. papa nia berseminar dari sabtu sampai isnin. so kami berdua- duaan je. be-2 lebih baik ke? kalau ade papa dia, lagi baik. panjang la langkah. hehehe... sabtu , seharian dirumah, buat nia tak senang duduk. mmg asyik nak melepek je dgn mama dia. dari tido, sampai la nak tido balik. semua nak bekepit. kalau aku jadi housewife ni, mau rosak akhlak aku buat nia ni. heheh.. yela, manja yg amat. bagi nia makan... dari pagi sampai malam, makan tak henti- henti... malam pun, melepek kat umah jugak. sampai la esok pagi. :D ahad, tak bole jadi..kena gak kua gi mana- mana. walaupun be-2. lepas siapkan nia semua, bole pulak dia tido sampai kul 11. dekat kul 12 tuh kitorg kua umah. ingatkan nak ke Jusco depan ni je. tapi macam boring pulak sebab tak banyak barang. kitorg ke alamanda. berjaya aku drive beriba kan ni