Skip to main content

pre-wedding : mas & syam

salam. baru bole update blog. seharian busy di ofis dek cuti 2 hari. tambah badan rasa seram sejuk macam nak demam. selamat actifast kutelan dari pagi tadi. baru rasa ringan sikit. kalau tak ok gak, esok pagi nak gi klinik amik ubat. tapi masih kena masuk ofis jugak. 

khamis lepas kerja, kami bertolak agak lambat ke kedah. reason being, both RA banyak mencuri masa mengemas kami. tak pe lah, slow2 kan, bukan nak rushing kemana pun. biar lambat asalkan selamat.

idea terbaru menghiburkan diri di dalam kereta selama 6 jam perjalanan. nak marah pun tak jadi. gerak jam 9 malam, sampai jam 3 pagi. bertukar driver kali ni. sebab wan dah tak tahan ngantuk sangat. aku pulak mmg nak cepat sampai. nia dgn adel tido je sepanjang jalan.

esok hari (jumaat), seawal pagi rumah in law aku dah dipenuhi dengan jiran- jiran dan kaum keluarga untuk gotong royong.

yang menarik perhatian aku. senarai mentara yang akan bertugas di hari kenduri. sekarang ni, kat kampung pun susah kita nak tgk aktiviti gotong royong, kalau kat taman apatah lagi. tapi kat taman rumah mertua aku ni masih menjalankan aktiviti gotong royong ni. sgt kagum!

malam nya (sehari sebelum kenduri) diadakan majlis tahlil dirumah bagi memberkati majlis yang yang akan diadakan esok hari. 

juadah untuk tetamu dan pakatan mentara. kari ikan, tomyam ayam, kacang panjang goreng dan ulam.

untuk kenduri kahwin esok nya, 2 ekor lembu tumbang. malam lepas majlis tahlil, pakatan mentara lelaki sama- sama 'mengerjakan' lembu. yang perempuan siapkan bahan mentah lain.

mmg aku tak boleh nak tolong sangat sebab kemana- mana, 2 'handbag' aku ni nak melekap je dengan aku. tapi lepas diorg dah tido, aku dapat siapkan meja khas untuk rombongan pengantin. pukul 3 pagi gak la tido.

hari kenduri pun tiba. lagi sibuk semua orang. pakatan mentara tengah gigih memasak. sebelum 11 pagi mesti dah siap. sebab kul 11 tetamu akan sampai.

bertemakan dark purple, bilik pengantin dan hantaran dah siap sedia.

tempat untuk makan beradap. pelamin takde sebab adik ipar aku dgn laki dia tak nak bersanding. pemalu sungguh depa nih.

semua dah siap sedia. hanya menanti tetamu untuk tiba. masa pun dah dekat kul 11 pagi. masing- masing pun bersiap menukar uniform. oh, ni lah hasil keras tangan kerja aku yang smapai kul 3 pagi baru tido. siapkan meja untuk rombongan pengantin.

antara yang terawal kena siap semestinya tuan rumah. mak dgn ayah mertua aku.

ni keje wan. kemain meriah lagi bunga mnaggar kat tempat pacak. aku rasa tak de orang letak bunga manggar banyak2 gini kat signboard. kalau satu je signboard takpe gak, ni lebih 5 singboard. sabajela.

cerita bersambung : pada hari yang ditunggu, majlis persandingan...

Comments

~aSHa~ said…
cantik gak guna dark purple tu...

meja rombongan pun meriah je...hiksss tiba2 rasa nak buat kenduri kawin plak...

bagusnye kat taman tu..siap ada pakatan mentara....siap tulis nama bagai...mmg pakatan betul2 ni....kalo tak pakat..haru jadinye..

signboard tu mmg sgt meriah siap dgn kad jemputan kawin lagi...senang org pegang kad time nak cari arah terus nampak kad kat signboard...dah jumpa....ehehe kretip la abg yu tu...

aritu dia buat kad hari ibu...mmg dia tu kretip...
Iryani Noor said…
heheh siap ada list bertugas tu.. great team work.. mcm kt tmn PIL yani la.. derang selalu wat rewang ramai2.. siap ada sediakan uniform bagai...

huh makanan die pon menyelerakan... tomyam tuu.. wahh shedap nyer...

cantik la theme colour tu.. dark purple.. tak sabar nk tgk pengantin nyer plak =p..
OneSimpleMother said…
heeee.. nama pengantin samala dengan nama akak ngan hubby.. mas&shamsul.. ejaan jer lain sikit. tetiba teringat masa kawen lu.. in law alya nmpk muda gitu. sama jer dgn mak alya kan..
LYaFRINA said…
waaa.. sgt2 tersusun sekali.. semua nmpak perfect + sepakat jer..
ermm mmg penuh pmuafakatan la... siap ada jadual tugas tu.. x pernah lg lya tgk..siyes..
nome said…
tu dia! lawak tol nia dok bertenggek kat dashboard keta....asalkan ko bahagia nak oooiii...ekeke...

lawa tema dark pepel...hat bunga manggar meriah tuh, baru pestime aku nampak org wat lagu tuh..selalunyer tenggek satu dua bunga manggar jer...lawak la wan! kahhhhhhhhhhhhhhhh
mamashasha said…
adoi nia nape dok atas tu???hehe...

cantek kaler dark purple ni alya...
meriah kenduri kat sana....kedah kat belah mana eh?lupa dah aku....tang pakatan mentara tu aku suka...selalu kat kg je kan jarang kat taman2 buat lagi....hehe

best kenduri gotong royong ni...happening.

la byk nye wan boh bunga kat signboard tu...

apa pun meja pengantin tuk makan beradap tu punya nilai seni yang tinggi sebab usaha keras kak long pengantin di tengah malam...hehhhhh

ok update lagi gambo pengantin..
Mag said…
hehehe..masa farah kahwin pon letak byk bunga manggar. sebab dah terbeli banyak.xletak memebazir=p
amal_fc1303 said…
meriah weyh wedding nyer. nak2 gotong royong kan. makanan pon best2... ramai gyle rorg dtg smpai kol 4 pon org masih dtg lgi. hebat la pakcik rahim nie. masyuk la duit dia. hahahahaha.
MUMMYAR said…
ala cute nya nia dok terselit kt atas tuh...hehhe...x jadi nk marah kan...x pe la asalkan dia rasa selesa...sebenarnya dia dh bosan tu...lama sgt dlm kete kan...biasa la budak2....mmg mcm tu...asalkan dia x meragam dah la...ye tak....
handbag yg asyik melekap je tu...kalau handbag lain hilang xpe...tp kalau hbag yg 2 ni....boleh gila jadinya...hehhe...xpe melekap je..senang x susah2 nk cari kalau diorg main2...heheh
MUMMYAR said…
ala cute nya nia dok terselit kt atas tuh...hehhe...x jadi nk marah kan...x pe la asalkan dia rasa selesa...sebenarnya dia dh bosan tu...lama sgt dlm kete kan...biasa la budak2....mmg mcm tu...asalkan dia x meragam dah la...ye tak....
handbag yg asyik melekap je tu...kalau handbag lain hilang xpe...tp kalau hbag yg 2 ni....boleh gila jadinya...hehhe...xpe melekap je..senang x susah2 nk cari kalau diorg main2...heheh
Yu'xan Lee said…
Eeeee bestnyer, dah lama tak tgk kenduri meriah ala2 gotong royong nih, klo dulu kecik2 kenduri mesti mcm nie, rindunyerrrrrrr.....
cuti sekolah mesti penuh dengan kenduri kawen sampai tak terlarat nak gi semuaaa.. hehehe...

ada baby kecik leh excuse wat keje berat2.. itu yg syok tuee.. hehe
fiza said…
Betul cakap jue..time anak kecik mmg org sedia maklum kita tak leh nak tolong banyak kan..mmg best
Elyn Sani said…
dah lama aku tak nmpk org cucuk bunga maggar kat buah tu eh itu buah betik kan?? hihi tkt tersilap.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!