Skip to main content

sakan beraya

salam aidilfitri semua. wah, sakan aku beraya tahun ni. sedar tak sedar, dah nak masuk 10 Syawal pun. sepanjang tu jugak la kitorg anak beranak beraya sakan. mengambil kesempatan cuti yang panjang ni, menziarah saudara mara. tiap- tiap hari pukul 12 malam baru sampai rumah. apa pun setahun sekali kan?

ramai yg dah update pasal raya. tapi aku masih belum berkesempatan lagi. sampai rumah dah penat. mana nak kira anak- anak lagi, nak belek gambar lagi. sudahnya tak terupdate. so, aku ringkaskan catatan raya aku tahun ni kat entry ni dulu. insyaAllah details akan menyusul..
  • 28 Ramadhan (selasa) - kami bertolak ke kedah dan selamat sampai pada 29 Ramadhan
  • 29 Ramadhan (rabu) - berpuasa dan berbuka di Kedah sambil menyiapkan sikit- sikit persiapan raya. tapi, seisi rumah mertua aku diserang demam, batuk dan selsema. maka, nothing much that we can do. penyimpan mohor besar raja- raja dah mengumumkan raya jatuh pada 10/9/2010 (jumaat)
  • 30 Ramadhan (khamis) - hari terakhir Ramadhan. persiapan raya dilakukan dengan memasak juadah. tapi chef a.k.a mak mertua aku masih dalam keadaan yg kurang sihat. aku nak tolong masak, tak reti. takut tak jadi raya pulak. tapi yang menu wajib tetap ada.
  • 1 Syawal (jumaat) - hari raya! tapi kitog bersiap dan kua rumah hanya pada lepas solat jumaat. kitorg beraya ke rumah atuk wan 2-2 belah dan rumah saudara mara belah wan. raya sampai ke malam.
  • 2 Syawal (sabtu) - pagi kami melawat rumah sepupu wan dan terus ke bukit mertajam beraya dirumah kawan baik aku masa belajar dulu. petang pulak tak kemana sebab ramai tetamu yang berkunjung ke rumah. meriah! time ni nia dah mula menunjukkan tanda- tanda nak demam dan selsema. tp keadaan terkawal lagi.
  • 3 Syawal (ahad) - bergerak ke perak pulak. balik ke rumah parents aku. tp sebelum tu mencari klinik nak cek nia dan amik ubat. payah betul nak cari klinik time raya ye. selamat sampai perak jam 2 petang. tapi tak rest sangat sebab tetamu ramai datang rumah
  • 4 Syawal (isnin) - pagi tak kemana. lepak rumah hilangkan penat. petang baru ke rumah opah dan atuk aku nak beraya. 
  • 5 Syawal (selasa) - harini betul2 dapat rest sebab tak de sapa datang rumah, makan dan makan non-stop!
  • 6 Syawal (rabu) -  bersiap untuk bergerak ke KL. kitorg nak balik kajang beraya belah ayah aku lak. sebelum bertolak tu ada bacaan doa sempena hari lahir aku dan akak aku dulu. hari tu je kitorg cover 5 rumah. kul 12 malam baru sampai rumah kitorg. 
  • 7 Syawal (khamis) - raya marathon diteruskan. dari pagi sampai ke tgh malam jugak. kitorg beraya di 8 buah rumah. cover semua rumah adik beradik mak dgn ayah aku. sangat- sangat letih tp seronok dapat menziarah. family aku terus balik ke perak.
  • 8 Syawal (jumaat) - pagi merehatkan diri. then keluar ke bank masukkan duit nia dgn adel. settle. kalau dapat lagi, nanti masuk lain. malam ke rumah pakcik aku kat bandar tun hussein onn. satu rumah je pun tp melepak sampai kul 12 malam. 
adakah raya kami sudah berakhir? oh pastinya belum lagi, the list will continue sampai hujung Syawal kot. harap dapat detail kan setiap hari tu sebab setiap hari tu ada cerita tersendiri. jenuh nak pilih dgn edit gambar. tu yg liat je nak update. tp aku boleh! :p

kami dalam perjalanan beraya. konvoi dengan family aku. nia melambai kat kereta atuknya..

note : jemput lah beraya ke rumah comel kami ye! kami tak buat open house. kalau nak datang tu, bagitau je ye :)

Comments

LYaFRINA said…
nmpak padat betul yer..kiranya mmg beraya sakanla alya ni..
lya pun mmg letih y amat.. sgt2 letih.. smpai nk update malas sgt2.. tgula.. biar tnang2 skit..
AieZa said…
wah padat aktiviti.. aku cuti beraya pjg.. tp berayanya so n so jek.. hehehe.. byk melepek dok umah tunggu org dtg.. tp yg pasti umah sedara mara yg sepatutnya telah dilawati.. tu yg penting..

eh aku pun klu duk belakang akan ditanggalkan tmpt letak kepala itu.. hehehe.. semak eh xnmpk depan..

p/s: umah comel tu insyallah akan ku sampai.. plan weh plan jgn xplan..
mamashasha said…
Alya, awal ko balik kl? Mmg sakan betul ko
Beraya tahun ni..padat satu hari blg g smpi 8
Buah rumah..aku paling tinggi 4 je wei..tu pun
Smpi malam..ate satu rumah je habis berjam2 borak
Belum bab makan lagi.selagi apa yg ada selagi
Tula tn rumah menjamu!

Nia demam?mujur tak drag kan.aku standby ubat demam
Selsema balik kg.takut jadi mcm ko la susah nk
Cari klinik.

Akan aku nntkan cerita raya yg selanjutnya..
Perghhh silala mengemas rumah syawal ke 9 ye..

Aku on the way balik ni singgah trolak jap..umah
Mak sedara aku..
Unknown said…
letih beraye x abeh lg, mlm ni nk blk bp!
cikpuanhady said…
amboi..sakan beraya..patutla lama x berupdate..
Yu'xan Lee said…
Alya best kan beraya bila dah ada anak, hehehe...terasa balik kemeriahan raya zaman kecik2 dulu...hehehe...
Iela Fazielah said…
wah.. beraya sakan ye kamu allya.. akak pun nak beraya tp en. zul sgt malas nak berjalan..... lg pun semua org sakit kat rmh.. hari ni akak lak sakit.. haru... neway.. selamat beraya... nnt free we all dtg rmh kamu ye
mmg sakan beraya...tp mmg bestttt kan.....
Anonymous said…
teringin nak gi... tapi tak tau alamatla kak..
blh msg alamat kat number umi tak kak???
umi tunggu yea...
0125500249

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!