sabtu lepas aktiviti aku hanya dirumah. bermain- main dengan anak- anak, bersantai dengan suami, masak- masak, makan- makan dan operasi melipat baju yang penuh se-queen bed. then petang, aunty noran and uncle hozair nia and adel, datang lepak rumah. syiok ooo bila ada org lain yang sudi babysit anak- anak. i mean didepan mata kita la.
bila tgk kat video pengasuh mandikan anak majikan dia dengan cara yang tak bole terima dek akal, mmg hati aku disentap- sentap. sape yang harus dipersalahkan? it is all in our mind set kan. mintak dijauhkan dari anak- anak kita. eh lari dari tajuk, so last saturday sangat seronok dan santai berada dirumah. sangat jarang dapat peluang begini.
budak yang dah pandai tak nak share mama dia dengan kakak dia. dulu tak tau apa- apa, sekarang dah makin alert. kena tinggal dalam playpen sebab mama tgh mandikan nia. oh btw, rambut adel dah tak ke atas sebab dah makin panjang. rambut dia wavy.
nia dah siap mandi. waiting for aunty noran to arrive.gambar nia versi nampak dahi.
without warning, loceng pintu rumah pun berbunyi. ish, tak dan aku nak makeup. kahhhhhhhhhh... ingat terus nak main dengan adel, sekali, baru je dukung, adel bole lena..
hozair memberikan senyuman yang paling manissss...adel maintain tido.
nia main dengan uncle hozair. papa nia, kalau ada org nak entertain anak- anak dia, mmg seronok ye. bole rest kejap.
adel yang sedang maintain tido sewaktu rumah tgh hiruk pikuk..
ada orang melayan dia, mmg seronok..
dah bangun sebab kakak nia bising. dapat la main dengan aunty noran
cousin aku dah balik, memasing sambung dengan aktiviti santai masing- masing. mama yang poyo konon- konon bawak balik kerja dengan calculator kat rumah, tak berusik pun. adel yang main calculator mama..huhu..
begini sekali ye nia tgk upin dan ipin. tak international la nia tgk upin dan ipin. kahhhh.... eh upin ipin going international je kan? ;)
haritu for lunch and dinner aku masak, masak lemak ayam, sambal sotong, kangkung goreng belacan dgn hati goreng kunyit.
last but not least, wardrobe adel ditaja oleh aunty nome. aku ingat, lama lagi adel bole pakai baju ni, saja la try kan haritu, sekali muat- muat je. nyesal tak pakai kan awal. huhuhu... lepas ni kalau nampak baju ni je adel pakai time malam, jgn kata adel takde baju ye, sebab baju ni comel, maka kena pakai basuh pakai basuh pakai basuh....disini menyesal...
note : korang tunggu entry ke MAHA ke? lepas ni eh... :)
