sekarang nanny 911 bersiaran setiap jumaat jam 8.30 malam. sebab jumaat malam wan pegi main futsal, so aku mmg layan budak- budak sambil layan cerita ni la. seronok dapat info dari nanny2 dlm cara nak mengasuh anak2. main point yg aku dpt untuk episod tu, kita as parents, kena jadi satu pasukan untuk mendidik dan membesar kan anak- anak. antara point yg suka aku share kat sini ialah
- berhenti mengkritik cara pasangan anda menjaga / mendidik anak- anak. dah jadi kebiasaan, in fact aku sendiri mengaku, sentiasa rasa tak kena je bila tgk apa yg papa diorg buat kat anak- anak dalam certain things. mcm tu jugak la dgn papa nya, ada je yg tak kena dgn apa yg mama nya buat.
- kesinambungan dari mengkritik tadi, be very supportive to each other. mcm aku mention td, kita mesti work as a team dalam membesarkan anak- anak. bila kita berkerja berpasukan nak pulak dgn soulmate, kita akan rasa lebih happy and relief betul tak?
- strong point yg aku dapat dlm episode tu, kenapa kita mesti menjerit dan memukul? kita gunakan anak sebagai medium melepas geram dan marah. apa yg pasti perbuatan kita ini akan membuatkan anak- anak lebih memberontak. kesan jangka panjang adalah bila anak- anak kita dah besar nanti.
- kesinambungan dari menjerit dan memukul, berbincang dan bertanya apa yg membuat kan anak- anak berkelakuan begitu. bila anak buat perangai, mesti ada something yg diorg tak puas hati. so the best way is talk to them.
ok, ni antara point menarik minggu lepas. minggu ni, kalau ada something yg nak dikongsi lagi, aku up lagi ye. aku harap, aku sedaya upaya mengamalkan tips- tips berguna ni walaupun kadang- kadang terkeluar landasan jugak bila anak- anak berperangai macam- macam.
cubaan nia snap gambar sendiri. ni yg detecting smile punya mode.
tak semua masa nia akan senyum / sengih mcm gambar kat atas ni, bila time dia cranky, time ni la, setan datang hasut kita macam- macam, tangan ringan je masa ni, suara pulak nak tinggi je. ish2, moga kita jadi ibu bapa yang baik kepada anak2 kita kan.
note : sekarang malam- malam kitorg agak stress bila susah nak tido kan diorg. selagi mama papa tak tido, selagi tu diorg tak tido. sabar, sabar, sabar...
note2 : sentiasa mengingatkan diri sendiri bila rasa diri dah jauh menyimpang dalam handle anak- anak ni..
Comments
leh la suruh mak ngan ayah tgk cite nanny 911 nie.
heheheh
tp tulah, rina tgh brusaha camne nak control sore yg mmg high pitching ni..kadang² terlepas jugak alya..
bagus nanny, zte pun suka tgk.
hope kita smua sabar, mcmne sabarnya mak-mak kita dulu dalam mengasuh dan mendidik kita dulu... bila dh jadi mak ni, bru lah tahu kan sejauh mana kepayahan dan kesusahan....