yep papalong. setiap kali tgk gambar, nia nampak gambar paklong dia, dia cakap papalong. bila kitorg sebut paklong, dia sebut papalong. so daing nia dah bagi title papalong eh maklong. mcm cute la pulak kan? hehehe...
hari sabtu kitorg dikerah bangun awal pagi sebab nak breakfast dulu then gerak ke pontian. dari melaka ke pontian, perjalanan makan masa 3 jam gak la. so mmg kena gerak awal. walaupun malam tu (ke pagi tu?) adel tido dekat pukul 3 pagi. kitorg (aku dgn wan) split bilik. lelaki 1 bilik, perempuan 1 bilik. total bilik dibook ada 6. terkial kial gak la mamanya nak bancuh susu dgn siap kan air panas. sebab tu tugas papa deme. mama control budak- budak je. so bila nia tido dgn papa, adel free nak gerak sana sini, sampai tak mau tido. maka, bangun pagi terkebil- kebil la kami. turun ke cafe, sarapan dulu.
3 meja penuh dgn kitorg.
breakfast kat hotel seri malaysia ni, tak menarik pun. biasa- biasa je. ok2 je lah.
niadel dah settle makan, aunty ina yg setia melayan kerenah diorg ni.
niadel main buble..
lepas breakfast, siap2 terus nak check out. kitorg gerak lebih kurang jam 10 kot. family aku la paling lambat. sbb ada budak kecik kan. aci kan alasan? :p kitorg berenti kat 2 tempat. R&R mana aku tak ingat. sebab tak familiar dgn R&R arah selatan ni. sebab nak gather kereta lain. total rombongan kami ada 10 kereta. terharu gak sebab ramai saudara mara sudi join dan nak tunggu sampai selesai majlis. kitorg sangat menghargai nya.
sampai dalam pukul 12 lebih, mak long niadel dah dulu sampai adik aku bawak. transit kitorg kat rumah jiran pengantin. sampai je kitorg makan dulu. sebab nak berarak lepas Zohor. ok jek. layanan sgt best. kami dijamu dgn macam- macam. termasuk lah kuih raya, kek semua. udah mcm attend open house pulak. siap ada tau foo fa lagi.
settle makan, kitorg lepak, solat kat rumah sebelah. lelaki duduk kat masjid depan rumah pengantin je. seberang jalan. so aku terus mandikan niadel sebab cuaca sgt terik. kitorg mmg belengas la. so lega dah siap salin kan baju diorg. lepas solat, kitorg pun standby utk berarak.
diiringi dgn paluan kompang dan gendang, pengantin diarak. oh haritu ada 2 mempelai. sorang lg adik perempuan daing. so buat majlis sekali. siap ada firecracker dgn pertunjukan silat lg. then kami, dijamu sekali lg. makan lg. mmg meriah makan la. gitu gini, dekat pukul 4petang gak settle. semua nya berjalan lancar. alhamdulillah, selesai semua dgn jayanya dan seperti yg dirancang. kitorg pun gerak balik KL terus. ada gak family yg dah plan stay semalam lg kat melaka. akhir kata, it was a fun trip!
kitorg dah ready utk berarak. tema kat belah johor purple. wardrobe yg aku pakai, apa yg ada je lah. adel dah siap mandi.
kalau dah ramai- ramai kat mana2 pun kecoh. nak2 family kitorg :p
maklong dan papalong niadel dah ready.
diiringi dgn paluan kompang, kami diarak.
ha meriah weh! aku duk belakang sekali. kuat bunyinya!
ina, pengapit daing tu bujang gak na. heheheh..
ada pencak silat
pengantin bersanding. then we took family photo. kat johor ni baru complete 1 family termasuk niadel. kat perak tak dapat.
makan beradab dimulakan dgn bacaan doa oleh bapa pengantin lelaki.
amboi bang, repeat makan lagi ye. pelbagai jenis kuih muih dihidangkan. mmg best..
cake cutting session. kek dia best la. nampak sedap.
apa lah yg dimuncungkan dua beranak ni. nak kek ke?
one last photo before we left. to maklong & papalong, alhamdulillah, selesai sudah semuanya. selamat melayari alam rumah tangga. aku doakan korang kekal bahagia hingga akhir hayat.
Comments
AINAL : KO KAN TUAN RUMAH. MAKA MERATA LA MAKAN, SAMPAI KE MALAM PUN STAY KAN. SIAP MAKAN MALAM LG. HEHEHEH..
selamat pengantin baru buat maklong & papalong
alya..skarang byk sgt tema merah+putih & merah+hitam.. bila attend wedding guna kaler lain rse sejuk sket mata..
comel plak nia panggil papalong...jgn papa roach sudah la yer nia...ekeke...
lya : skang org dah berani main color garang2 kan? eksclusive gitu
ryn : yup!
nome : wan dok sebut paparoach! kahhhhhhhhh