29 Ramadhan : masak- masak

hi blog! sian ko dah nak raya ramai mengabaikan ko ye dak? anyway, kitorg selamat sampai ke kampung halaman aku pada ja 12 malam td. alhamdulillah traffic was smooth. sebab kita ada banyak option hari utk balik kampung kan. so i believe takde org yg stuck dalam traffic. kita tunggu balik raya esok macam mana. sure horror.

so aktiviti pagi ni sehingga tengah hari tadi, berkampung kat dapur. masak menu wajib utk hari raya pertama. kuah kacang, rendang ayam dengan nasi impit. lemang nanti amik kat rumah opah. rumah opah pun ada buat acara masak- masak gak. kitorg lak, sejak pindah perak ni, mmg masak sendiri kat sini je lah. esok raya baru jumpa. 

niadel ok je. dah bole bawak diri sendiri. adel je lah, kadang mood dia tak berapa nak ok. nia selsema la pulak. 2 hari lepas dah bawak dia gi klinik sebelum balik kampung. so every time bagi ubat mesti dia weng then tido. banyak tido dari berjaga sian pulak tengok nya. so instead of bagi 3 kali sehari, aku bagi 2 kali sehari je. doktor bagi bekal buat stok, 2 botol setiap jenis. ubat demam, selsema dgn batuk. siap dgn ubat insert lagi. amik je lah dah free kan. 

ok blog, otak aku dah blur. sebenarnya ada cerita lain nak share, dah keluar cite ni lak. layan! nia ikut papa gi beli susu, adel tido lepas penat 'memasak' dgn berendam dalam bath tub. 

kuah kacang in the making.. nia insist nak tumbuk. jenuh la nak menunggu

time ni nak mama je. so bagi makan pun atas riba mama. sambil potong bawang

rendang tok in the making

master chef...

memantau dari jauh

atuk niadel pun turun padang tolong masak

yan yg basuh 4 ekor ayam. last day ni menentukan jumlah duit raya yg bakal ditermia dari mak kitorg. kpi tinggi banyak la duit raya nye. time ni la dia gigih basuh ayam. 

note : bila time raya ni, baru lah rasa seronok ada adik beradik ramai kan? sorang takde, tak lah terasa sangat. maklong niadel this year beraya belah husband dia dulu. so kurang sorang. tp tak lah rasa sunyi sebab ada 5 beradik lagi. so korang? moh tambah produksi! kahhhhhhhhh

raya...raya...raya...

aku rasa nak membebel panjang harini. mari kita mulakan. baju raya aku takde lagi, casual wear niadel takde lg. haritu pegi midvalley bole lenggang kangkung keluar tak membeli apa2. mmg tak rasa nak memilih pun. semua tak berkenan kat mata. ke semua yg cantik dah habis? sian niadel. mujur lah baju kurung dah settle awal2 lg. tu pun beli online je. kalau kena pilih2 tak terpilih kot. thanks to yani sebab nampak link kat blog dia. :) papa je yg shopping. dia beli tshirt dia lah. seluar tak beli lagi. niat nak beli gelang niadel tak beli lagi. kuih raya utk mak tak beli lagi.  mungkin sabtu ni akan ditetapkan hari shopping- shopping sedunia.

yup, sabtu ni masih berada di klang valley lg. ikutkan aku nak ajak wan balik jumaat malam or sabtu lepas sahur. tapi wan cakap balik ahad malam sampai hari jumaat kat perak. :D aku laju angguk. jumaat gerak balik kedah. hope tak berubah lagi la plan ni ye bang! so korang balik awal sikit ye. supaya PLUS highway lengang! hehehe...

semalam dah tukar duit raya. paket raya pun melambak- lambak dapat. ada lebih 100 pek kot. walaupun tak shopping apa, raya paket melambak2. ye lah, aku tak shopping kat mall, aku shopping kat bank! knowing bank will provide raya packet, maka bertimbun2 la dapat. tapi malang sekali bank yg paling kedekut on raya packet ni adalah maybank! mungkin kita bukan regular customer tp aku tukar RM4500 kot. korang tau aku dapat bape packet raya? 2 sahaja! sedih nye. nasib la raya packet korang buruk. so tak kuasa nak argue mintak lagi. oh btw, tukar duit 4ribu tuh bukan aku je ye. wan sekali and my officemate.

kalau nak cite pasal raya packet, this year, aku rasa cimbgroup la menang. paling cun. ni apa yg aku dpt lah. dlm bising2 tak dpt raya packet, semlam banker kitorg call soh collect raya packet. sekali ha amik, 100 ada kot. bilik aku ni dah macam bank pun ada. sape nak? lai lai lai... office aku tak keluar kan raya packet. ada la boss suggest buat, tp aku tak setuju. bazir je lah. end up buang dalam tong sampah. so amik je lah dari bank. tp organisasi besar mesti akan produce raya packet kan. kalau macam bijakgroup ni, tak payah lah. bazir je.

alhamdulillah this year kami suami isteri merasa dapat bonus serentak. utk pertama kali. sebab ni kira tempoh kerja yg paling lama oleh wan so he entitle to receive bonus. hobi laki aku kan lompat keje. tak cukup tempoh tak dpt la bonus. this year merasa. hopefully tahun2 seterusnya. mcm company aku every year, bonus will be on hari raya. so thanks boss. to officemate aku yg baca blog aku ni, yg ckup haul je dpt bonus ye. yg tak cukup haul, paham- paham sendiri lah ye. kerja kuat lg walaupun rasa mcm dah kerja kuat :p

berapa perenggan dah ni? jap tgk atas.. oh 4 dah. malam ni baru nak buka puasa office. kat corus hotel, ampang. kalau rajin, aku upload cerita ni. last weekend dah clear kan rumah utk balik kampung. cover sofa semua dah basuh. rumah dah vacuum, fridge dah kosong eh, bukan mmg kosong je ke? :p  toilet je tak basuh lg. bergaduh laki bini nak basuh toilet. ahahaha... tu tak terbasuh lg. tak senonoh tul kitorg ni. nanti nak balik kampung 1 last round vacuum rumah. thanks to jiey for dropping by masa aku baru nak sarung kan sofa. berkecah rumah tp aku tau ko ok je. :D

nia dgn abg ian. aku suka gambar ni jiey. nanti raya singgah lg ye kalau larat lg :)

pagi tadi, lepas subuh, pasang hotfm, layan lagu raya sambil masuk kan duit raya, dpt banyak paket ni best gak kan, bole asingkan ikut amount. kot nanti silap bagi, haru lak. nak tulis nama, mcm hape la pulak kan. kira ni dah habis masuk kan duit utk family, saudara mara, babysitter niadel dan anak2 kawan2. jgn tersilap bagi sudey.. tak penah jadi lah.

malam ni nak makan puas- puas kat sini. nak release tension. nak enjoy. lately office sgt tegang, keje keeps coming in. lagi nak raya lagi banyak keje. bukan aku je wan pun sama. tiap2 hari busy. and can't wait for this saturday nak shopping puas2. ewah...

ok lah, kalau bertambah lagi perenggan alamatnye, tak baca la korang nanti. akhir kata, aku, wan, nia and adel ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. kepada yg akan travel jauh, make sure your car is in a good condition, hati- hati memandu. jangan lupa standby ubat utk anak2 korang, since banyak klinik akan tutup. kot anak sakit ke. so, dari hati aku yg ikhlas, aku nak mintak maaf kat korang, sepanjang korang baca blog aku, ada ayat2 aku yg korang annoyed or irritated ke, terasa ke. aku mintak maaf sangat2. so, kalau ada kat area seri kembangan, gimme a call, jemput singgah rumah. tp aku mau warning, sila bagi notis awal sehari ke. sebab rumah aku takde kuih raya tahun ni. so aku kena masak utk korang. please eh. open house? malas nak buat. nak dtg, roger saja. LAST BUT NOT LEAST, JAGA DIRI, JAGA FAMILY, JAGA KESIHATAN, JANGAN LUPA AMIK GAMBAR BANYAK- BANYAK SO BOLE KASIK TUNJUK KAT BLOG. FAMILY PORTRAIT JGN LUPA YE! ENJOY RAYA TO THE MAX!!

agak2 dah bole bawak pegi sembahyang raya ke?

dah bole duduk diam dan ikut...

khusyuk la kunun...

bersungguh baca doa tuh. doa apa korang agak? tgk video nanti..

dah start gelak2 ni, hat ni yg mama tak tahan ni. bole ke tidak bawak gi semayang raya nih?

tapi, bila mengenangkan makcik sorang nih, takde maknanye lah nak semayang raya kat masjid. mau gegar masjid gamaknye. skang dah la kuat mengamuk.

doa yg dibaca oleh nia semestinya antara doa terawal yg budak2 hafal iaitu doa makan! (volume kasik slow eh)

jeans

korang tau tak bila last aku membeli jeans? sebelum aku kahwin. indirectly, nak bagitau my size is still the same dari sebelum kahwin sampai sekarang la konon ye. oh tak2, nak bgtau, dah berzaman tak membeli jeans. stok jeans aku semua boot cut. dulu kan tgh zaman boot cut. sekarang ni skinny pulak. tp idak la nak membeli skinny jeans. buruk sangat la rupa org pakai skinny jeans dah tu pakai tudung. ketat tu satu hal, buruk tu lagi 1 hal.

style aku ni, kalau dah dapat 1 benda baru, contoh mcm jeans, jeans tu je la aku pakai ulang- ulang tak basuh sebab mmg gitu perangai aku. masa beli jeans tuh, aku dok fikir2, ish, mmg lama la x beli jeans. walhal kalau keluar on casual, aku akan berjeans. mmg jenis akan pakai jeans yg sama je berulang- ulang...

motif entry : nak bagitau aku dah lama tak beli jeans. ada la dalam 5 tahun...

first time jugaklah ber levi's. beli straight cut lak. mana rupa jeans tuh? korang tgk la kat previous- previous entry. tu la dia. dah 18 kali pakai kot. hahahaa..

fasa mengamuk sakan

dulu, time niadel baby2, kalau diorg menangis tak tau sebab dan punca, mmg nervous la dibuatnya. kalau masa tu kat rumah parents aku, bole jugak suruh ayah or mak baca2. kalau kena kat rumah sendiri mmg cuak lapan lah. mula la kepala ni fikir bukan- bukan. penah la sekali jadi kat adel masa aku baru habis pantang, menangis sejam lebih kot non stop. syukur kat umah parents, ayah la tolong tenangkan.

bila balik sini, sedaya upaya tak kan bagi diorg mengamuk begitu. penah jugak sekali masa wan outstation ke indon, masa tu aku dah balik rumah sendiri, dalam pantang lagi (lepas bersalin kan nia), sebab parents aku pegi haji, ilmu handle anak masih cetek lagi, nia menangis sakan. naik biru la muka aku risau apa yg tak kena. rupanya, buntut dia melecet, diaper yg dia pakai tak serasi. cap apa aku lupa. nak keluar gi beli masa tu wan takde, dalam pantang, so tak berani keluar. bertabah hati la tunggu wan balik lagi 3-4 hari.

kalau nak dibandingkan, antara nia dgn adel, adel ni lagi terror skill mengamuk dia. since lahir lagi. purposely menangis tak tau punca. sekali masa tu lah yg sejam lebih non stop. so masa adel baby, every time dia merengek mmg aku dulukan dia lah. bila makin besar makin ok. 

tapikan, sekarang ni bila akal dah panjang, sel- sel otak dah bergabung, dia kembali pada fasa nak mengamuk saja. tak bole dicuit kakaknya, mesti nak mengamuk. kalau tak dapat buat something, mengamuk. tak dpt apa yg nak mengamuk. amik dari nursery, nampak muka mama dah mengamuk. kira ni fasa dia appreciate dan sayang sgt2 lah kat mama dia kekdahnya.

entry ni ditaip bila adel dah tido baru lepas mengamuk. kadang dah pujuk pun dia mengamuk jugak. kalau tgh berjaga manageable la. ce kalau tgh tido tetibe mengamuk, mula la kan fikir macam- macam. tp bila dah ber anak 2 ni, rasa dah bole handle. tak lah cuak 8 lagi bila anak mengamuk. tapi adakalanya, ada kerisauan bila anak2 ni mengamuk. selalu aku anggap diorg mimpi buruk je kot. wallahua'lam...

amukan kalini, berpunca dari adel yg tak pandai nak tiup wisel. lepas tu mengamuk marah kan sape tak tau lah. kadang penat gak nak melayan, tu bia kan kejap. sebab kalau dukung pun tak jalan. geram sgt nampaknye. ni bukan nangis ye, tp mengamuk. kalau nangis ada air mata nye. ni nan ado..

check diaper, clear, so diagnose kali ini adalah dia mengantuk, nak tido, tp paksa diri nak main, bila bagi susu, mengamuk lagi. tukar channel baby tv, baru nak lena. bila ditepuk pun marah. semua serba tak kena...

penat mengamuk ke memang dah sedia mengantuk ke, tak dapat nak dipastikan. yang pasti, bila dah besar2 gini punya amukan, sebabnya perhatian nak ditumpukan ke dia je. kadang kena tahan apa yg kakak dia nak, sebab nak elakkan adik dia mengamuk. macam- macam..

note : sentiasa ingat setiap kali ada waktu2 yg niadel menangis sakan... mujur lah bukan selalu..

dah lebih separuh Ramadhan rupanya..

uish, dalam dok hitung- hitung hari dah bape hari kita dah puasa, dah tinggal lebih 10 hari je lagi kita nak sambut raya ye dak? dah bape percent korang nye preparation? korang tanya la aku.. kalau nak diletakkan dalam percentage, ada la 10% je yg dah siap. 10% tuh mewakili baju kurung niadel. better something than nothing kan? baju raya pertama mamapapa, korang bole cari kat wedding akak aku aritu. kitorg mmg akan pakai baju tu je dipagi raya. sebab raya tahun ni kat rumah family aku dulu, maka kami sepakat sedondon sekain dipagi raya. 

cuma ingat nak cari 2 pasang baju lg. sepasang ingat nak beli cotton, sepasang lg nak cari yg berfesyen sikit. niat tu dah ada, kira dah bergerak la kan? tp tu lah, nafsu membeli tu belum ada. semalam masa cuti nuzul Quran, kitorg berbuka kat kenny rogers metro point. berbuka dgn kawan baik aku, anis, saleh and izz. so dah alang ke kajang, ingat nak ajak wan ke metro kajang. situ banyak gak jual baju raya. tapi lepas berbuka, tak bernafsu gak nak gi membeli. cousin `aku, kak noran cakap awesome dan tak percaya! hahahha... 

kita tgk minggu depan pulak. kot gaji dah masuk hari senayan, jadi menggeletis nak shopping raya kan. apa je nak beli pun? baju raya aku 2 pasang tu je la. tudung raya tak penah ada. mix and match dgn apa yg ada je la.   baju niadel, wan pun mesti nak beli tshirt dgn jeans ke apa. tu je la. kuih raya? tah, tak nak beli lah this year. perkakas2 raya? tak perlu kot. so tu je la kot check list raya aku. oh semestinya duit raya. dan tak lupa nak sponsor baju raya utk adik beradik aku. since ayah aku dah pencen, ni je lah masa aku nak sumbangkan sesuatu.

ok dah tu je. eh jap. kasut raya? niadel dah beli sport shoes haritu. aci tak baju kurung pakai dgn sport shoes tuh? ala, pakai crocs je la eh. kasut mama? tah, takde perasaan nak membeli. aku nye konsep beraya ni, mesti ada baju kurung je, then baju baru utk anak2. yg lain2 tak perlu. pakai mana yg ada. sebab benda2 lain, bukan time raya pun dah membeli. baju kurung mmg beli time raya je. sebab pegi keje tak pakai baju kurung. so pakai je lah apa yg ada. wah, sejuk hati laki den dgr statement den ni. kahhhhhhhhhhh......

macam biasa, entry dgn gambar mesti tak related. buka puasa semalam dgn anis and family. actually aku request nak buka kat johnny's . tanya wan, dia jawab gini je 'hmmm...ok' bila dah ber hmmm panjang tu, paksa rela la tuh. so tukar ke kenny rogers. nak cari KR yg spacious sikit. so aku suggest ke metro point. konon lepas tu bole beli baju raya kan. bak kata anis, adel yg PR nye bagus. salam izz lagi.

walau pun dalam metro point takde benda, tp bila time buka puasa semua tempat pun full. so better buat reservation. anis did the reservation. minah ni mmg jenis yg well planned / organized dalam semua benda. so, aku tukang join je lah :p

last jumpa izz, masa umur dia beberapa hari je, ni dah 7 bulan. comel sangat2 si izz nih. behave pulak tuh. dgn aunty aly dia mau ye tak? :p budak kalau amik gambar candid comel je kan camne pun mimik muka diorg. ce tgk mak budak tu? buruk beno! hahahaa

izz dgn mama dia

adel buka dulu. macam2 budak ni haritu, buat perangai setengah jam pertama. bila dah panas enjin baru lah dia ok.

nia lak mmg time tido dia lah. korang tgk lah pearl necklace dia tuh. tah mana dia dapat kat dalam almari mama. tah sape punya pun aku tak ingat. aku punya ke, org bagi ke, nia punya ke, yg pasti dia dok godek2, jumpa lepas tu nak pakai. 

gila comel! anaknya ye. hahahhaa. lumrah ada anak kecik ni, konsep bergilir gilir tu perlu

nia dah bangun, dia nak gi mcDonald pulak, bila nampak mcDonald. singgah la kejap.

dah pandai pulak mintak nak makan kentang. ingat nak main2 je. papa nya pun beli lah happy meal.

suka dapat jam hello kitty. sama dgn amanda katanya. amanda kawan sekolah dia.

adel yg aktif sgt kat kenny rogers tadi, dah tido dulu..

the zoo keeper

selasa malam, bawak niadel tgk the zoo keper. sebab kalau tanya nia nak pegi jalan mana, nia mesti cakap nak pegi zoo. zoo is 1 of the list la beside jusco, playground and mcDonald. lagi pulak semalam (rabu) kan cuti. so bole lah nak balik lambat kan. 

sebelum tu, kitorg berbuka kat pizza san francisco. wan dah lama ajak nak makan situ. dia sebulan tak makan kambing kat situ tak sah. so aku pun booked siap- siap. lepas kerja, amik niadel balik rumah dulu. almost 7 baru keluar rumah. sampai sana pun on time. makanan pun baru je sampai. lepas berbuka, terus ke alamanda, beli tiket zoo keeper kul 10.30 malam. terlepas show 8.30 malam. pusing2 la dalam tu. dapat la sikit baju raya adel. sikit je la. 

skang kalau nak buka puasa, booking adalah wajib

nia, kul 6 mmg time dia tido. so dia tido je lah sepanjang kitorg buka tuh. 

spaghetti sapai dulu. aku order ni. so bagi adel makan dulu. 

order pizza gak. topping pilih sendiri. turkey salami, pepperoni, shrimp, mozzarella cheese.  papa cakap this time nye pizza sedap. ni tgh khusyuk tgk kisah alia. layan jugak walaupun tak bape suka heroin dia tuh. mcm hape je :p

complimentary from pizza san Francisco, soup kambing dgn kurma. sup kambing dia mmg tangkap sampai ke kepala lah. aku jamah sikit je.

pada pendapatan mama, baik adel yg tido dari nia. tidak kalu, mmg macam2 la dia ni. tp haritu adel behave. hari esok nya yg macam- macam. witness by anis. :p

actually wan dapat kupon utk lamb chop. that's why nak makan kat sini nak redeem. tp malangnya kopun tu dah expired semalam! (isnin)

dah sampai alamanda. teruja gila tgk the cars ni. akan ditayangkan pada 25august ye!

sejam lebih nak menunggu cite tu, bawak la diorg main- main kat situ,

nia with lightning  mcqueen!

note : tajuk zoo keper, gambar benda lain. btw, cerita tu sangat kelakar. pecah perut kitorg ketawa. nia pun siap tak tido dari mula sampai habis cite tu. adel dah tido dulu. mmg enjoy la tgk griffin dgn animals kat situ. griffin ni selalu bawak watak nak ngurat pompuan lepas tu mintak tolong org mcm cerita the hitch tuh. this time, binatang lak yg guide dia. so byk humor kat situ. anak2 pun enjoy tgk cerita tu. teruja tgk pelbagai binatang. kitorg sampai rumah kul 1.30 pagi, then aku baru realize the next day (rabu) aku kena masuk office. terbaeklah!

iftar at marriott putrajaya

semalam punya program dah booked lama dah. actually sebelum decide nak buka kat marriott, kitorg nak buka kat royale chulan. dah booked pun. tp sbb fikir kan agak jauh dari rumah, kitorg cancel booking. sedang elok la dgn decision yg dibuat sebab petang ssabtu tu hujan yg maha lebat. guruh bedentum2. kitorg keluar rumah ke marriott pun almost 7. dalam pada tu pulak family aku ada kat sini. last minute plan, family ayah aku buat majlis buka puasa bersama kat rumah arwah atuk. tak dpt nak join. next year wajib join. sebab ni 1st time family ayah aku buat acara berbuka bersama. dah masuk mid ramadhan ni mmg start banyak la terima undangan. especially on weekend. lepas tu, mula la clash dgn majlis berbuka yg lain.

berbuka kat sini sebenarnye meraikan birthday wan la. haritu kan tak celebrate. makan kek je. yearly event haruslah diraikan. kitorg sampai just in time. rasa lebih best bila kitorg nye tempat sgtlah strategik. hujung sekali. ada space utk niadel main2, dekat dgn beverage area. dan dekat dgn tempat staff2 kutip pinggan mangkuk. makanya, bila ada food yg kitorg nak makan lg, udah dihangkut nye. nak tegelak dibuatnya. hahaha.. overall, semua food tasted good tp banyak yg tak dpt rasa. makan sampai nak terkeluar balik. niadel pun banyak makan. diorg makan spaghetti, nasi dgn soup, mihun soup, roti boom and of course ice cream. 

my third round. 1st round amik pasta, second nasi, 3rd yg bakar- bakar lak.. 1st dgn 2nd plate tak dpt nak snap gambar sebab berperang dgn niadel

ramai gak org haritu. tp tak la beratur mcm kat kantin sekolah. bila dah penuh, baby chair pun dah habis. mujur la bawak stroller, bole adel duduk situ.

meja kitorg. dapat kat corner. sama macam last year gak. dapat kat corner. selesa nak handel anak2. ha pinggan wan tu, sikit lagi dah kena hangkut la tuh..

opposite meja kitorg ada partition ni. jadi tempat main niadel. lepas tu ada la budak ni join. budak ni, yaAllah sgt annoying. sorry kalau mak nya baca ye. aku perati je gelagat diorg ni. nia kalau jumpa budak mmg dia akan greet 'hello!' dgn nada yg macam dah 5 tahun kenal. tp budak ni punya la kerek. anak aku dtg lepak main kat situ dulu, bole dia halau nye niadel. dah tu siap bole ckp gini 'ha ko nak main sgt kan? ko main la' dgn nada yg  kasar. ish, jgn la nia besar esok perangai mcm budak ni. ish, lari topik jap..

my last plate. middle east cuisine. sedap2 semua, perut pun full

wah, mcm cat walk lak. bila diorg dah main sendiri, bole la kitorg makan dgn aman

finally nia jumpa kawan yg bole gang. bapak budak2 tu pun sibuk snap2 gmbr anak dia. mak diorg ada blog gak eh? :p

last but not least, penutup buka puasa haritu, tak lain tak bukan ice cream.

sgt friendly budak tadi. siap sembang2 lagi..

last sekali sebelum balik. comotnya nia...

sampai rumah, family aku datang singgah jap rumah. diorg attend majlis berbuka family ayah aku. tapi balik hari je la. 

adalah sejam diorg duduk kejap sebelum nak gerak..
 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in