menu malam raya pertama adalah kueytiow soup + bergedil air tangan aku dan lain- lain lagi. nak dekat maghrib tu hampir pengsan gak sebab menyediakan makanan. non stop dari balik dari beraya tuh. malam bila family dah sampai terus la diorg terjah makan. alhamdulillah tiada pembaziran semua nya cukup. siap nasi dlm periuk pun selamat dikerjakan. biasalah, kalau family sendiri datang mmg buat mcm rumah sendiri, apa yg ada di dapur, sedia utk dimakan.
settle kat dapur, semua naik ke ruang tamu utk bacaan tahlil. lepas tahlil, yg tua2 ada perbincangan sempena rombongan cik kiah pada hari raya ke3 ke temerloh dan raya ke4 ke kuala kangsar menghatar rombongan meminat 2 beradik. yg muda2, layan nurkasih the movie, lepak belakang rumah pekena teh tarik manis tahap bole kena kencing manis ainal. aku nak buat mmg tak reti la kan. sambil tu aku settle kan pinggan mangkuk. selalu ada 3 bibik di dapur, bila 1 bibik balik ke rumah mertua, mmg terasa sangat la. kalau tak, tak la bosan membuat kerja. apa pun tetap seronok. sekian hari raya pertama kami...
buffet style. amik makanan then duduk la dimana saja
opah..
lebih nyaman dpt lepak kat luar..
masa ni nia dah tido. dia masuk tido awal. mujur gak lah nia tido awal, tgk je la pe'el si adel malam tu. dia bila dah penat & ngantun, mula la buat perangai. nak berdukung je. last2 kena mintak diri kejap dari bersosial bagi adel minum susu and bawak dia tido..
then semua masuk dlm rumah bila dah kenyang..
wan pun sempat sedekahkan yasin kepada mak dia. laki aku kalau duduk mmg begitu sebab dia tak boleh bersila. bukan org gemuk je tak selesa bersila, org kurus pun sama. :p
selesai bacaan tahlil, musyawarah pun bermula. bila dah banyak mulut nye, sejam bole drag jadi 2 jam...
yg muda belia angkat buntut beralih tgk tv pulak sambil sembang- sembang..
niadel dah lena dalam bilik. tido sampai ke pagi. mmg penat diorg.
next entry : 2 Syawal hanya dirumah..
Comments
p/s : muka opah alya persis alya juga la.. cucu opah nie..
nome : sedap dan masing2 kebuluran :D
jue : mmg keturunan sama ni jue :D