Skip to main content

aqiqah nur irdina sofea, met qistina 'aalesya

cuti deepavali haritu ada family gathering kat kuala selangor. sepupu aku baru bersalin, buat kenduri aqiqah untuk anaknya. so berkempullah keluarga wan melah (opah aku) kat sana. tiba agak lewat. bajet2 nak gerak awal. tp tulah, gitu gini, kul 12 baru gerak. yg paling awal sampai, org yg dok paling jauh, parents aku. tunggu la deme sampai kitorg sampai. lepas kat situ sampai kul 4. hujan masa dah petang.

actually ada 2 sepupu aku yg bersalin. 2 2 dpt baby girl. yg sorg tu baru je habis pantang, so dia pun dtg kenduri. dpt la jumpa newborn secara berjemaah. ribut la kalau dah berjumpa. mujur la all the babies tu dah immune dgn makcik2 diorg yg ribut.

balik dari kenduri tuh, singgah ke jusco cheras selatan. memula ingat nak tgk real steel. sekali sold out. so terus beli tiket utk esok nye show. singgah j.co then balik rumah.

to irdina sofia and qistina aalesya. selamat datang ke dunia yg serba canggih dan mencabar ni. moga membesar jadi anak yg solehah. amin..

she is only 8days old on that day. masih berulang ke klinik nak cek kuning. ada bacaan marhaban dgn majlis cukur jambul sekali. korang penah dengar tak org baca marhaban masa cukur jambul anak ni? negeri lain tak tau la, tapi kalau negeri perak, kalau dia baca dlm bahasa arab mmg tak faham, tp bila baca time versi bahasa melayu, bole sebak kot. ingat lagi masa aqiqah nia dulu, aku nak nangis kot masa tu, aku pandang mak aku, mak aku pandang aku. dia sebut pasal pengorbanan mak, suruh jadi anak yg soleh, something like that. sedap je dgr.

selesai marhaban, cukur jambul pulak.

ibu irdina yg tgh cukur jambul irdina tuh. sebab ibu dia baru je deliver, through ceaserian lak tuh, mak aku yg tolong pegang baby irdina.

sangatlah behave baby irdina ni. irdina sofea ni is actually anak ke-2 sepupu aku. tapi kakak dia arwah addina sofea, tunggu dia kat syurga... :) remember cousin aku yg baby dia meninggal masa dlm perut at 38weeks? sepupu aku yg ni lah. alhamdulillah, irdina pengganti kegembiraan utk ayah dan ibu nya :)

selesai majlis, makan pulak.

nia dgn makngah sally. anak sally ni pun pompuan. semua girl belaka..

another star of the day. baby qistina pulak sampai dgn mama dia. baru sebulan lebih.

semua kerumun tengok babies. both baby ada kat tgh tuh

our new family member. elok je tido sampai ke sudah.

baby lama org dah biasa tgk, pandai2 lah bawak diri.. :p

dulu takde anak mmg takut nak pegang baby. bila dah ada anak, suka je nak pegang anak org ni. ni tgh jaga baby qistina sementara mama papa dia pegi makan. baby2 aku sape jaga? seronok diorg lari sana sini, kawasan luas. sel otak berhubung ye anis? mana bole duduk diam. hehehe

kepada family2 yg baca blog aku ni. ni baby qistina aalesya ye. nama manja nya sofia hani. sebab baby hani masa baru lahir dah demam. demam on off. org suggest tuka kan nama, bole cepat beransur baik. tapi nama on mykid still maintain. ingat ye, ni baby hani.

ni pulak baby irdina ye. nama manja masih belum diputuskan lagi. to be announce later. jangan confuse ye! tambah lah list nak bagi duit raya kat anak2 buah tuh ye. :D. niadel belum ada rezeki nak bersepupu lagi as my sister miscarriage at 7 weeks recently. takpe Allah ada perancangan tersendiri utk hambaNya kan? terus kan usaha dan kita sama2 berdoa. insyaAllah ada rezeki tak kemana :)

also, not to forget to mama jiey. big congrats for your new born princess. syukur semua nya selamat. selamat berpantang.

Comments

OneSimpleMother said…
alahaiii.. tgk baby2 ni teringin sgt nk berbaby lagi. hanya mampu merancang. Allah penentu segala2nya.. :)
Marlina Mohtar said…
comelnya baby2 ni :) auni pun nak adik jugak! :p
izzahazfar said…
irdina :) welcome to the world nak...

teringat irdina busyuk masam yg hampir setahun december ini..
nome said…
big congrates to both cousin ko beb...comel sungguh baby2 yg baru lahir nih..mesti wangi kan bau2 mereka? i loikeee!! suka tau cium baby2 nih...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber