Skip to main content

semalam kat rumah je

semalam tak kemana. tak kemana pun penat. otak ni begegar dok menjerit je. 2012 resolution gamaknye, makin garang. wan ajak mengukur jusco lagi. tp aku buat dek je. bershopping dgn dia mmg kalah pompuan. pilih tali pinggang dekat 3 jam. tu belum pilih seluar ke baju ke. mmg turun 2kilo lah tunggu dia beli barang. sbb aku dok busy kepung niadel. so lewat petang semalam, papa kua sorg je membeli seluar kerja. kitorg lepak rumah saja. pun macam2 pe'el.

rutin pagi lepas mandi. ngadap upin ipin. kuat tgk upin ipin lah diorg ni. sakit telinga dgr suara upin ipin ni. kadang aku saja tukar ke educational song. ABC and so on. nia ok lagi mau dia, adel nak upin sally katanya. haish.. oh btw, favorite attire aku utk niadel, 3/4 jeans. nampak cool kan? hehehe..

ha, lepas tu begaduh. bila sorang nak tgk tu, sorg nak tgk ni. jenuh la kan. sekali mama menjerit, senyap terus. sorg buat muka melawan, sorg menangis dalam bantal. papa buat apa? khusyuk tgk titanic!

seminit lepas tu, elok lah tgk sama2 balik. lepas tu gaduh balik. lepas tu...

dah kena marah, baru nak tido. aku tweet bagitau bila dah kena marah terus tido, mulalah rasa bersalah. tp member aku reply, tak yah rasa bersalah, dah memang time tido dia. hehehe.. ye tak ye gak eh. si nia time tido dia kul 4 gitu sebab balik sekolah

sebab dok rumah je, malam tido lambat. nak jet-lagged jugak ye. time cuti je, waktu tido haywire. kul 1 pagi segar bugar lagi. sudahnya kul 8.30 pagi, masih tebungkang. misi kul 8 pagi keluar rumah untuk tahun 2012 masih gagal!

Comments

@lfidah @dim said…
alya,samalah kita kena jerit2..jadi tarzan kita nie..sakit tekaklah..ammar pun dah pandai mcm2..dok tarik rambut kakaklah..yg kakak dah terjerit-jerit..
Gieyana said…
cute miut tul Adel..same goes to Mia..:)
Mrs. Simplicity said…
alfidah : tunggu ammar besar sikit lg, mesti lg pening mcm kitorg ni. huhu.. kakak behave je ye. ni sama naik 2-2. huhu..

gieyana : thanks aunty gie comel! :)
Iryani Noor said…
kusyuk tul nia tgk upin ipin tu... brapa kali ulang la citer tu ekk.. hehehe...
Mrs. Simplicity said…
iryani : tak dpt nak hafal sebab banyak episode kot. tp tah la. hehehe..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber