pernah tak korang kalau outing, rasa semua nya tak kena? aku penah jugak. contohnya malam tadi. siang wan takde. ada sukan. so kitorg 3 beranak duduk rumah je. tapi nak menjawab nia punya soalan asyik tanya kita nak pegi mana mama? then aku tanya balik, nia nak pegi mana? dia kata nak tgk movie makan popcorn.
wan balik je, then dia (wan) cakap booking la movie. aku pun booking lah pukul 11.30 malam punya show, citer brave. cerdik kan? bukan anak nak tgk. mak pak yg tgk. tapi nama nak keluar punya pasal kan. booking kat alamanda. so keluarlah kitorg pukul 9 malam. konon nak lepak secret recipe nak makan mee kari dia.
sekali sebab dah nak pukul 10malam, waiting line pun ramai, dia soh order pasta je. alamak. then tak jadi lah. terus je ke noodle station. lagi best, terus dah tutup. begitu jugak dengan kedai2 lain. hampa. so bagi niadel main kat play area tu kejap sampai lah lampu tutup.
then turun kat bowling area. meriah lagi. kot restaurant sebelah bowling tu bukak lagi boleh lepak. minum je ada. makanan dah takde. hampa lagi. kebulur pun ye gak. so beli je lah makanan dalam GSC tuh sementara tunggu movie.
dah tu pulak, tetiba adel berak sampai tebus seluar. adoi. nak jadi cerita lagi, tadi masa nak keluar aku pegi keluarkan semua baju seluar spare diorang. tu lah nak jadi cite. nak jadi cite lagi, adel pakai baju yang tak sesuai untuk tengah malam. nasib bawak sweater. seluar pulak dah takde. apa jadi? serba tak kena lah.
nilah baju yang dia nak pakai malam tadi. suruh tukar tak mau. seluar dah kotor tak berseluar lah.
tgk rambut princess merida tuh, sama macam rambut adel kalau panjang.
kitorg tgk cite ni. disney princess terbaru. cerita brave.
sejam lebih jugak menunggu ni. beli lah apa2 makanan yg heavy yang ada kat GSC. sambil layan LOTR : the return of the king.
nia mmg suka sangat lah bila berjalan. dia dah biasa, kalau cuti je mesti keluar rumah, tu ayik tanya kita nak pegi mana..
brave. best cerita dia. hope niadel bila besar nanti bole protect family macam princess merida ni jugak.
so lesson learned. jangan menggatal book tiket wayang pukul 11ke atas. mahupun 10. kalau nak makan kat luar, jangan keluar lambat, nanti makan angin je. kalau nak keluar kemana sekali pun baju spare anak sentiasa ada. walaupun dekat. mujur jugak ada bawak pampers kan. half way cerita ni niadel tido, mama papa yang tgk.
Comments
aku dah agak dah citer ni mmg best...tak sabar nak bawak aleesya tgk...aryan kena KIV dgn pengasuh kat umah...ekeke...
aku tgk BRAVE smlm. aku dgn saleh je dating. Izz ikut parents aku gi wedding. mak aku kata Izz behave je... so next time bole dia bwk Izz jln2 lg. hehe. lega aku dgr. bole aku dating lg :)
sehat tuan tanah??
kalu papazakwan, jgn harap la nak kasik book tiket kul 9 lebih dn ke atas, huhu