Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

mid life crisis

aku rasa aku sedang menghadapi mid life crisis. sebab next year dah 31 ke?  am currently no mood for everything.  hibernation mode on. Publish!

kan dah kata...

kan dah kata, aku ni gebang je lebih. update hari2 mcm si D dalam Istanbul, aku datang kunun. puiii!! orang tu single, busy kejar bf je kejenye. kau ni tak sedar diri. ada anak, ada laki, ada kerja. macam free & easy benau ye. ok tu je nak cakap. hahahah... nanti2 lah aku update lagi. aku mengantuk sangat dah ni. hari2 balik keje, membelek anak2. badan dah lemau. terus boom tido bila letak kepala atas bantal. the following week sama jugak lah gamaknye ni. harap aku tak tenggelam terus. ni kira ok lah, tenggelam timbul jugak kan. later guys! have a great weekend. we actually did. kalau tau lah, duduk rumah je best and rileks, weekend je duduk rumah kita. setakat mak kemas atas, anak sepah bawah, mak masak, anak bikin projek melumur baby oil kat anak patung, setakat mak baru nak duduk, anak demand macam- macam, setakat mak tengah solat, anak bawak keluar bawang main masak2, apa lah sangat kan. tu aku penat benau ni. tak mampu dah tahan mata ni.  serabut di rumah, serabut di of

kesian adel...

tajuk very the attention seeker ye? kahhhhhhhhh..... jam menunjukkan pukul 12.36pagi dan aku baru on laptop. mata tak leh tido. mari update blog berlatar belakangkan lagu ajari aku, anuar zain. ape kes? nothing. baru sempat nak dengar lagu ni & tgk VC dia. moral of the story dalam VC ni ialah, pakai lah seat belt walaupun duduk kat seat belakang ye. tetibe! fobia #1 : jamban duduk so, as i promised kat insta tadi nak cerita pasal fobia adel. kesian adel. lately banyak benda yg buat dia trauma. as u guys know, adel dah pun free diaper. malam nak tido je pakai diaper. nap time pun tak pakai. cepat eh? tak sangka gak senang. outing pun tak pakai. so what happened on the potty training session yg bikin adel trauma? adel tak mau pee kat tandas duduk kalau kat luar (selain dari rumah). apa jadi? aku tak ingat kat mana, tapi kat toilet shopping mall lah, bawak adel nak pee. masa dia duduk kat toilet duduk tu, agak slippery toilet tuh, masa dia tgh pee dia terjatuh. tapi sem

tgk hindustan = wajib nangis

semalam pagi lepas adik2 aku balik ke destinasi masing2, tgh hari kitorg keluar. ada date dgn shah rukh khan. aku ada request kat wan nak tgk cite ni dgn member, dia tak layan. nak tgk sorang suruh dia jaga niadel. lagi lah kan. angguk tidak, geleng pun tidak. sudahnya, moh kita tgk anak beranak. booking kat alamanda pukul 12.30. 12.30 ngam2 sampai kat GSC tuh. collect ticket and masuk, terus start.  how was the movie? cliche. love story. kali ni cerita cinta versi dewasa. or senang cite, versi orang dah kahwin. molek lah aku tgk dgn laki aku kan. shah rukh khan weh, apa yg tak best kalau dia belakon? jangan suruh aku review. aku kalau shah rukh khan mmg aku bias. takde yg tak best. story line dia kali ni best. unpredictable ending dia. boleh jadi itu boleh jadi ini. lagu2 dia kali ni tak semua yang best, tapi bila dah tgk movie and tengok scene dia baru rasa best. ish best lah. aku memula macam tak suka je heroin dia. katrina kaif & anushka sharma. heroin zaman kita kan

ok, aku nak boikot...

edited entry : sorry sangat sebab bagi wrong info. thanks to bihah for giving me the latest info product that supported by Israel. shame on me for sharing wrong info with you guys. thanks alot dik! aku rasa aku lah orang paling tak amik port pasal keadaan semasa. i don't read newspaper. i don't pgoogle on current issue. i'm not watching buletin utama. sungguh aku tak tipu. aku je ke gitu or korang pun sama? senang cite tak berminat nak amik port pasal berita semasa lah. aku dok mengirakan hal aku, anak- anak aku, kerja aku dgn family aku. thats it. tu pun dah rasa mcm sesak, apa lagi nak ngirakan hal dunia luar. tapi kan, rasa terkesan pulak apa yang berlaku di GAZA. after reading all the tweets about what happen in GAZA currently, sedih nya. dunia nak kiamat. so was thinking, apa yang boleh aku buat selain dari berdoa & menderma? aku boleh starts with this. tak sangka sebenarnye sebab aku ni kategori urban lah jugak. self proclaimed you. tapi hati kecil aku sedih

maggie asam laksa

hi! i was supposed to update blog last nite. in fact mmg tu lah time aku update blog. sebelum tido. end up aku pegi catch up balik grey's anatomy. 4 episode tercicir. sudahnya tido kul 2.30 pagi. bangun subuh, weng! so semalam punya activity same like previous week. lepak rumah. misi sabtu menghabiskan stok daging kurban. dah masuk Muharram, ada lagi bongkah2 daging dalam fridge. ada budak happy sebab dah pandai join the dot tulis huruf. lepas tu tak habis2 puji diri sendiri. 'mama, adel pandai..' i cooked this for lunch / dinner. aku nak makan lala tapi cari kat pasar mini kat area sekolah niadel takde pulak, malas pulak nak ke pasar borong. teringin nak makan lala. nanti cari. cantik nye telur dadar aku atas pinggan corelle. tak gitu? puiiii!!!!! elok je sudah makan, hujan pulak. apa lagi, memngukur katil lah.  pukul 6 mandikan niadel. DVD session pulak. wan ajak pegi tasik kat cyberjaya. tak bergerak pulak aku. sedap duduk rumah.    malamnya, unc

corelle ku

bad day today for me. macam2 insiden. punca nya aku sakit kepala. dari malam tadi. tak cukup tido ke, sakit kepala nengok pe'el niadel ke. aku pun tak sure. tambah pulak dengan kerja office yang macam2. dikejar dateline oleh boss. makan actifast tak jalan jugak. ish apehal tah. lepas tu mak call ingat nak ajak sembang it turn out to be aku macam tinggi suara pulak. dang! there goes my day. jadi lagi tah apa2. sorry mak, tak sengaja sangat. tengah hari tak join kaum hawa jimba- jimba. terus je ke gombak. yeay, my corelle set, come to mama. traffic tak heavy langsung. jalan lengang. setengah jam je dah sampai tempat nak collect. excited gile tak tau nak kata. bak kata jiey, mmg sekarang dah very the tahap mak2. dah amik, terus je balik ke office. belum keluar taman perumahan tuh, sebab lalu banyak bumper, aku letak corelle kat seat belakang. kiri : aku placing kan corelle aku kat seat belakang. kanan : tiba- tiba aku lalu satu bumper ni, gedegang! 1 kotak jatuh keb

tak kemana

assalamualaikum. buat apa korang? dah mandi? dah solat? dah makan? aku semua2 sudah. tido je belum ni. mata tak boleh nak lelap. cuti oi, rugi tak tido siang. seperti yang dirancang mmg harini tak kemana. housekeeping sahaja. sarapan. dah lama tak makan nasi lemak dabur bonda kat area rumah kitorg. makan sebungkus tak cukup. wajib makan 2 bungkus. wan kalau makan nasi lemak, wajib ada telur goyang inul namanya. kembang tekak aku nengoknye. sebelum housekeeping. kerja- kerja housekeeping sedang dijalankan oleh papa. sementara mata aku ni rasa dah nak katup je. tu lah bahaya makan nasi lemak pagi2, mesti mengantuk. sambil layan citer kuch2 hota hai. semalam bukan tgk sampai habis pun. tak menahan mengantuk yang amat. ni tgk balik. lepas tu sessi masak2 bersama anak2. ha kelass adel,  potong bawang sambil meniarap. boleh? kalau lah aku dah amik corelle set aku tuh, sure nampak lagi sedap nasi ayam aku ni kan? hahahah.. correlle set aku dah ready for collect

Salam Maal Hijrah & Happy Birthday Mak

bercinta nak update. mata dah ngantuk gila2. tapi tv tayang cite kuch2 hota hai pulak. iklan je tukar Armageddon. esok cuti maka tahan kan mata ni. so, cite harini takde yang best. takde yang best tapi kau update jugak kan. pagi2 masa tgh besiap dapat SMS yang membuatkan aku senyum lah jugak. awal bebeno msg nye. biasa aku hantar niadel pukul 8. ni pukul 7 teacher dah msg tanya. ingatkan transit tutup ke apa rupanya teacher rindu niadel. comel disitu. and glad to know that diorang senang dengan niadel. moga ianya kekal sampai bila- bila. lewat sikit hanta pagi ni. biasa pukul 8 pagi dah sampai school. ni tadi dalam 8.30 pagi gitu. liat betul nak bangun. subuh gajah duduk tadi. slow2 iron baju and bersiap. niadel kalau tak kejut, tak bangun lagi agaknya. harini first day hantar adel ke sekolah tak berpampers. aku lebihkan baju basahan incase kalau dia ter-pee. and aku pesan kat teacher kalau adel pee just pakai kan pampers sebab aku tak nak susahkan diorang. and aku bagi cha

yukids island, borders, tony roma's - the curve

hoi panas hati aku nih. panas hati ajar anak. hahahaha... abaikan. dah janji nak cerita hari2 kan? lets! lepas subuh dah tak boleh nak tido. baik mak, apak mahupun anak2. wan ajak pegi jogging. aduh, tak set dalam kepala kalau kena jogging adhoc ni. so kena lah fikir apa nak buat harini. tanya member2. then datang lah idea nak ke yukids island kat the curve tuh. dah lama tgk / survey pasal yukids ni tapi tak terpegi sebab kena bayar kot. jujur :) tapi ni sebab dah kesian sangat kat niadel, pegi lah jugak.so terus je bersiap pagi tuh. keluar awal, sarapan dulu kat mamak then terus ke the curve. awal lah jugak kitorg keluar. dalam kul 10 lebih dah sampai the curve. nia camwhore sendiri. budak2 ni kalau keluar rumah mmg berlipstick. tu pakai lipstick lah tuh. nude color. cap revlon lagi. dah jadi diorang punya dah. hari2 tak penah missed ber gincu, perfume. aku makan mee goreng mamak, papa makan nasi lemak, niadel roti kosong. then baru boleh main dengan selesa perut dah kenyang.