aku rasa, minggu terakhir raya kitorang buat makan2 kat rumah pulak. dari tengah hari sampai ke malam. jamu family both side, office mate, jiran2 and kawan2 terdekat. thank you all yang sudi datang beraya ke rumah kami. tahun ni aku import adik aku 2 orang tolong aku. nama aku nak handle sendiri memang misi mustahil lah. dengan ada anak kecik kan. so thanks to ina and yan jugak sebab banyak gila tolong kitorang haritu. ada rezeki nak buat lagi, aku akan import korang lagi. :D
selesai semua dekat tengah malam. niarafadel siap dapat present lagi. thank you!
ralat bila ada gak tetamu yang tak sempat nak amik gambar sama. ralat sangat sampai sekarang.
Comments