Skip to main content

raya 2015 - Kajang

sila lah terima entry ini dengan seadanya. sebab biasa aku cerita every year kan, takkan 2015 ni takde. kemahen intro. aku nak je cite kat blog sebab aku nak share banyak gambar. kat hp aku ada 48ribu gambar yang masih terperam dalam hp. biasa kalau ada event ada lah 5 keping je aku share kat IG. tak puas nak mengoya disitu. kahhhh...

ok, jap aku tak ingat benornye... aku just share photo je lah ye. seingat aku, tahun ni tak banyak pusing beraya rumah semorang sebab 1 malam tu pakcik aku buat open house and sempat jumpa semua adik beradik ayah aku kat situ. 

baru upload 1 gambar mata dah mintak katup. camne ke? ok aku dah ingat, pagi tu wan keje. sebab adik aku yg kat perak tu pun keje jugak so deme gerak lewat hari sabtu tu. so pagi tu aku bawak nia pegi klinik gigi, gigi dia dah goyang lagi sebatang. gigi bawah rasa nya. settle tu, tengah hari ada jemputan open house budak office aku.


raya, memang kena rancang perjalanan sebab bila time raya je kalau weekend, mmg akan jem sebab sana sini orang akan pergi beraya. so wan balik keje kitorg terus ke gmbal. just look at the traffic. semua merah. semua jem. 

sampai je apa lagi, terus terkam makanan. tak lama lepas tu hujan tak silap aku. makan sampai kenyang. kegemaran wan lah ni sebab member aku ni orang utara. kena lah dengan tekak dia. 

thank you baya sebab menjamu kami. baya yg all black itu. ko dah kenapa tu adel?

lepas tu balik semula ke seri kembangan. officemate aku sorang lagi menjemput. bday anak dia cum jamuan raya. last minute ajak so nak beli hadiah pun tak dan. sorry lah amani. ni mengisi jemputan sementara menunggu family aku datang dari perak. 

alamak, ada awek lah kat rumah aunty ni. malu ai. siap pegang2 kita pulak. birthday girl la tu. 

salam sikit.. ewah kau rafa!

okeh, kenyang makan mihun sup kat sini. masa kat rumah tiny ni, gang sepupu2 belah mak aku invite datang beraya rumah maknyah kat bandar tun razak. dalam masa sama cek dgn family aku dah ada kat mana. ok, diorg pun dah exit toll jalan duta, zass naik semula kami ke BTR sebab mmg nak kena raya rumah mak nyah pun. dengan harapan mintak2 lah tak jem. sebab nya malam tu ada jemputan open house rumah pakcik aman (adik ayah) pulak. korang pun dah tau kan, kalau beraya dgn family aku kat sini memang pack jadual.

maghrib siap semua kat sini dan menu wajib rumah maknyah laksa superb! adel makan tak toleh kiri kanan. tu makyah tepi anak eh yg pakai tshirt merah yang tengah duduk tu. 

time ni, anak2 maknyah semua ada. and aunty uda pun ada. esok nak gi beraya rumah diorg gak ni. hehe.

si rafa arman, baik punya pegi pecahkan balang kuih kat rumah opah nyah ni. tak pasal rumah opah nyah punya lantai bersih mama kena clear kan. saba je lah budak kecik ni.  anyway, thank you maknyah! lepas tu kita lari balik ke kajang, rumah pakcik aku.



sampai rumah pakcik aman. perut dah sendat time ni. ni rumah ke-4 kitorg. tahun ni pakcik buat style stall. banyak stall so banyak lah menu. rasa sikit2. sebab semua nak merasa.

 mak ayah nampak keletihan sebab haritu diorg puasa. last day puasa 6. selesai dah. sakan lah boleh makan. ko puasa gak ke ainal eh? aku lupa.

dua pupu ni kalau dah jumpa, mmg riuh la rumah granny. kitorg antara tetamu terakhir yang balik. tapau food macam biasa then mintak diri balik. thank you pakcik amand and makcik izan. food best cam biasa. every year pun upgrade. terbaik! malam balik rumah apa lagi membungkang terus. penat dia tu mmg boleh imagine sekarang ni. dasyat tak? hehehe..

ahad sudah. hari ni kena full swing beraya. tapi kitorg tak cover banyak rumah pun. tapi special nye this year, semua rumah kitorg pegi makanan semua best2, hhehehe... nampak tak teruk disitu. org niat pergi menziarah sibuk cite pasal makan. sesambil. so, ni pagi sebelum bertolak. kitorg punya acara raya start dengan sarapan ye. seperti tahun2 lepas.

sarapan raya rumah maksu pagi tu. nasi lemak yang di nanti. bila tahun nak pandai masak nasi lemak pun tak tau lah. bukan kata pandai masak nasi lemak. bila tahun nak pandai masak pun ntah. hahaaha.

biasa lepas pegi rumah maksu, kitorg pegi rumah pakcik kat taman universiti, sebab pakcik jamal kena pegi kedah so kitorg terus je menziarah kubur arwah atuk, nenek, maklong, paklong dan makcik siah. 

lepas tu kitorg terus je ke beranak rumah pakcik poji. zohor kat sini. menu soto. penemuan resepi terbaru oleh makcik liza. resepi sampai laa x bg lagi makcik! 

busy laki mak main game..

lepas tu kitorg terus je ke shah alam. fuh, dari beranang nak ke shah alam. nak keluar dari beranang saja, bapak jem. kuss semangat.. asar kot sampai kat rumah uda.

makan lagi.... time ni adik aku yang baru kahwin tu join sekali. akmal. tengah kebuluran pulak tu, rasa nya 3/4 dia saja yg makan. gembira uda aku tgk. berbaloi masak. tgh aunty and uda..

lajak sikit rumah adik mak aku sorang lagi. paktam kitorg. kat klang.

ringan tak ringan haa hamik kau siap lontong  cendol segala. kuih koci tidak dilupa. the best lah makcik pakcik aku ni. bila nak pandai masak ni weh?

apakah persamaan kami? jengjengjeng! hehehe.. dari kiri eh, aku dgn paktam aku bday sama 7 september. ayah aku dengan anak paktam (boboi) bday sama 25/7, bawah tu of course le kembar kan. 11/4. benornye aku nak tarik rafa dgn nia sebab bday diorg sama tapi rafa tgh tido lah pulak. best nye family belah mak aku ramai yang bday sama. mcm mak aku sama dgn sepupu aku. ramai lagi lah. ramai ke? anyway, tq maktam and paktam bagitau last minute pun macam2 dihidang.

time ni aku contemplating. normally last house rumah maktam lah. and family aku akan singgah rumah ayah yang kat kuala selangor. kitorg ni dah lama x beraya kat rumah mak yang aku, then aku pun ajak wan jom lah dah alang2 kita sampai sini kita gi rumah mak yang. setelah dibincang2, he said ok. then last but not least, sampai lah kami di rumah makyang. padahal esok nye keje tu. takpe raya. setahun sekali. bak kata mak yang aku, kalau tak sebab raya memang tak berkunjung2 ni. hmmm ye dah tu makyang. nak2 aku ni generasi muda. pegi mana2 mesti nak mak ayah ada baru selesa, boleh gitu?



mandikan budak3 kat sini. maghrib siap semua. balik rumah kang tido je. tapi dah mandi diorg ni segar bugar terus. 

satay FTW! alhamdulillah, bukan kata kenyang, esok terus start puasa 6. thank you mak yang and ayah yang. busy nye anak3 aku especially yg kecik tu..

alhamdulillah, macam aku cakap, walau tak dapat cover banyak rumah, tapi setiap ziarah tu very meaningful. kitorg sampai rumah tah pukul berapa tak tau lah. tapi selesai tanggungjawab untuk menziarah saudara mara di hari raya. raya tak berakhir lagi, minggu2 seterusnya sampai habis Syawal memang pegi beraya ajer. jemputan penuh. alhamdulillah...

haa 2 pagi siap 1 entry! tido dah jom!

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber