Skip to main content

Aku, Dia & Young Living Essential Oils

Bismillahirrahmanirrahim. akhirnya aku ada sedikit masa untuk update pasal apa yang aku dah buat since October 2015. tak lain tak bukan yep, aku dah officially jadi young living independent distributor. setelah menggunakan produk ni sejak tahun 2014. gila kau alyyani anuar berniaga? mana dia dapat masa weh? dia punya jadual dah sedia hectic dari awal pagi ke malam hari masa bila dia nak berniaga?

kann... kalau ikut kan masa, memang tak pernah cukup 24 jam. dunia akhir zaman. tapi apa yang trigger aku nak berbusiness ni? ok, word business ni terlalu cliche. aku suka pakai perkataan sharing. bila dah sharing ni ko kena lah sentiasa up to date and share semua benda padal young living ni kan? dah sampai masa untuk aku activate semula dengan blog ni dengan memperkenalkan product young living ni. ok, bak kata oilers (pengguna miyak young living), always starts slow. aku tak nak pun convert blog ni kepada blog young living. aku cuba selang seli kan ye.

finally aku ada kelapangan nak buat benda ni. first thing first korang boleh klik kat link atas tu ada label Young Living Essential Oils. kira apa2 pasal YLEO korang boleh cari info kat situ. aku suka cerita based on own experience.

ok, tu mukadimah ye kawan2. aku nak share kat sini camne bermulanya journey aku dengan yang YLEO. kalau korang ikut blog ni, korang pun dah kenal anak3 aku ni, memang kebanyakan masa anak3 aku akan jatuh sakit. tidak la jatuh sakit camne. biasa lah, start dengan selsema, bawak ke batuk, bila dah teruk virus dah datang tu bawak ke demam. bila dah demam kena on antibiotic. kahak penuh, kena neb pulak. perkara ini berlangsung sejak nia lahir lagi. sampai lah ke rafa. dari tahun 20018 sampai lah ke tahun 2014.

bila dah sampai ke rafa aku dah rasa ok, this is too much. since dalam pantang lagi dia dah on AB. ye tuan- tuan dan puan- puan. dari pantang aku yang bawak dia ke kids clinic dek selsema / batuk dia. since then, every month without fail dia mesti amik antibiotic tidak kalu drag. aku keje wei. mana boleh cuti2 tiap2 bulan. aku takde maid. sejak tu gak kalau rafa sakit aku bawak dia ke office untuk aku monitor sendiri. susah payah time tu ish tak leh nak kenang. tapi kesian ke dia yang kena on 'drug' sejak umur sebulan lagi, itu lebih perit.

sampai lah aku ternampak kawan aku sorang ni non other wan normajidah yang post something pasal Young Living Essential Oils kat instagram dia. aku perati aje dari kejauhan. hehehe..

apa ke benda pulak ni? macam menarik je. yang trigger buat aku tertarik bila baca explanation dia kat ruangan komen tu. secara logic nye kalau kita pasang 'air purifier' (pemahaman masa tu), lepas tu letak minyak aromaterapi yang sesuai dan dia akan keluar di ruang udara, secara logic nye, dia akan dapat membantu untuk seisi rumah dalam ni yang memang berketurunan hidung sensitif. we call it a diffuser. brand young living.

ok in the mean time, cam biasa bertabah lah dengan sessi demi sessi berulang alik ke klinik, sakit, dah sihat follow up, tak sihat tukar ubat. antibiotic buat jadi ciri birit, tukar antibiotic lagi, an so on..

and then i saw this. dalam gelap2 tu mata dok tgk diffuser kat hujung tu. lepas tu memang tak fikir dua kali terus je aku mintak jiey order kan yang mana masa tu product young living ni belum lagi ada office di malaysia. dia kena purchase kat US. masa tu jiey dah mula full swing nak guna sendiri untuk anak2 dia sebelum dia decide nak jadi YL independent distributor.

aku rasa aku kena cari alternative lain. masa niadel dulu aku pernah cuba homeopathy apparently homeopathy tak serasi dengan anak2 aku. jadi makin teruk so aku fobia dah. aku google, google dan google pasal product ni. keyword yang menarik perhatian aku masa tu adalah :

WE KNOW WHY YOU PREFER ESSENTIAL OILS..

HEALTHY - NATURAL - SAFE

YOU DO HAVE NATURAL OPTIONS

my very first set of young living essential oils. aku dapat ni masa aku buat makan2 masa raya tahun 2014. tapi... tapi... set ni mengandungi 9 minyak and aku ada purchase minyak RC yang glamour untuk tackle batuk / selsema. set ni masa tu berharga lamost rm600 masa tu kalau aku tak silap. nampak tka betapa desperate nye aku masa tu. bila dah beli ok la masa tu dok simpan aje le. sampai lah start adel demam aku bukak set ni and aku pakai terus. tapi aku macam korang gak lah, bangsa kalau beli satu benda kobar2 dia kejap je. lepas tu tersadai. masa tu jenis nak mudah, bagi jugak ubat. end up with antibiotic also. aku tak doubt on this product masa tu. sikit pun rasa tak berkesan pun sebab aku baca kau kena konsisten. ok lain kan. 

 aku tak ingat aku beli sekali dengan diffuser ke masa tu ke tak. then aku pun jenis kurang guna diffuser. again, bajet2 busy and tak nak keje lebih sikit. 

photo was taken back on september 2014. episode ke klinik, kena neb masih lagi konsisten setiap bulan. leceh lah nak sapu2 ni weh. sapu pulak kena without fail setiap 15minit for 1 hour then gap 2 jam then sapu balik. ahhh leceh. bagi pcm setiap 4 jam lebih menarik and tak susah. masa tu dah beli, tau the amount of drugs yang anak ko selalu amik kan setiap bulan tapi kau layan malas kau kan? 

those days...

kemudian sampai satu masa rasa macam dalam sebulan tu bill klinik sampai la cecah RM600 - RM700 untuk 3 orang. aku pun tanya- tanya jiey apa sebenarnye the right way to use benda alah ni. yang aku paham masa tu diffuser kena on 24 jam kalau anak sakit. diffuse thieves untuk nyah-kuman bunuh bacteria. dalam masa yang sama kena sapu semua- semua tu. 

buku nota kerja jadi buku nota YL sekali. aku siap amik note aku betul2 nak buat. dalam masa sama aku tengok- tengok bajet untuk topup minyak yang kena top up based on jiey punya ajar tu.

beli pulak dorado azul. dalam masa yang sama 3 minyak kat atas tu aku selalu top up. lepas tu slowly aku dapati ada improvement kat budak2 ni. 


dan sehinggalah berlaku peristiwa dimana semua family member aku jatuh sakit. dengan apak2 eh down. kalau korang boleh baca kat link kat situ. all 4 of them were sick at that time. mintak nyawa weh menjaga semua. dan bill hospital / clinic jugak melambung2. niarafel siap kena tukar 2 sets of antibiotic. lagi tersentap bila doctor hospital kata masa tu. antibiotic yang anak3 aku amik ni dah yang paling kuat untuk bunuh kuman i tak tau nak bagi antibiotic mana lagi. sampai dah tak immune anak3 aku dek antibiotc. 

tersentap aku masa tu. and thats where aku realized yang antibodi anak2 aku tak kuat. sampai kan antibiotic masuk, probiotic masuk pun diorg setiap bulan akan regularly jatuh sakit. masa tu lah terbayang- bayang muka si jiey, dia handle anak dia macam tu tak give up. aku takat nak handle anak3 aku yang takat demam selsema batuk tak kan tak boleh nak handle kan. 

lepas dari peristiwa itu aku terus nekad untuk full swing guna YLEO. tak semesti nya guna time sakit je. time sihat jugak boleh guna as a maintenance. so aku gi beli botol perfume kat daiso then aku buang isi dia then basuh lepas tu aku diute kan siap2 as rafa baby lagi masa tu. always dilute the oil before apply to babies. senang aku pun senang nak apply terus. rafa antibodi dia masih so-so tapi yang paling best bila aku regim kan dgn YL dia dah tak rely on ubat batuk dan selsema. at all.

untuk diri sendiri memang masalah yang forever ada sakit kepala. jiey punya jenis bukan suka- suka je dia suruh beli itu ini. dia selalu tanya apa minyak yang ada. dalam set tu banyak actually yang tak berusik, yang selalu pakai untuk anak2 aje. jiey kata kalau migraine sufferer boleh pakai pan away. 

aku tak ingat aku penah ig kan gambar ni ke tak tapi gambar ni ada dalam photo folder aku tahun 2014. masalah sakit kepala aku alhamdulillah slowyly resolve. instead of taking actifast like almost every week, aku substitute dengan pan away. 

gambar ni berada disini sebab kisahnya masa family day belah ayah aku, malam hari pertama tu aku kena jadi emcee. sebab siang tu dah melalak ko time tarik tali sampai tangkap ke kepala. jem jugak. apa aku buat masa tu aku sapu pan away banyak. masa tu mmg rasa panas pijar segala tapi at least sakit kepala tu didivertkan kat tempat yg pijar. ahamdulillah aku ada 3 jam sebelum start event malam. by night aku boleh handle majlis tu dengan jayanya. siap boleh sengih lebar sebab menang lucky draw. hehehe.. alhamdulillah Allah mudahkan. masa tu terus kabo ke ji aku amazed gile. minyak ni power gile. gembira kemain. 

bag ni akan berada dimana saja aku berada. nampak anak3 aku, aku sapu. spau dan sapu. by then keadaan anak3 dalam keadaan yang baik. 

Young Living Essential Oils ni is like a journey. kita tak berhenti belajar. kita sentiasa nak cuba, cuba dan mencuba. bukan takat dia support untuk kesihatan sahaja tapi minyak2 ni jugak ada untuk tackle masalah emosi. minyak2 ni ada frekuensi yang tersendiri. tu nanti kita cerita di entri2 yang lain. janji nak activate kan YLEO punya label kan. hehehe..

lepas tu aku tgk wan pulak. tak kesudahan episode ridzuan dan non-stop-bersin nya. dia lah orang terakhir yang percaya ability YLEO ni. sampai satu masa dia sakit aku rasa. agaknya dah habis ubat telan. dia tanya aku minyak apa boleh pakai? surrender pun..

ko tengok. ni pun snapshot. hahahah.. patut macbook aku berat. segala bala gambar ada. tak terkejut lah kalau hp aje ada 55k gambar. tah bila nak buat spring cleaning tak tau. tahap nangis cari gambar. ok back to the photo, yup he started taking YLEO lepas tgk bini dia fit je kot. hehehe.. Allah bagi sihat ye. bukan minyak bagi sihat. wan ni dia ada asthma. so macam aku cakap tadi, dah tak lalu amik ubat agaknya 1 hari dia MC dia tanya minyak apa boleh pakai. ni lah bermula episode wan dan madu, thieves dan lemon. minyak ni boleh makan? ye boleh. semua ni dari tumbuh2an kan.. mesti lah boleh. natural and safe remember? 

hari demi hari, banyak benda aku and gang belajar dari jiey pasal young living. membeli minyak toksah kata. gembira. addictive. bukan saje beli. kita selalu dapat tau yang if we combine using beberapa oil lain hasil nye lebih baik. why not? cuba aje. respiratory oil tu semua kot aku ada. untuk bagi anak2 sihat.

lepas tu diperkenalkan oleh jiey raindrop technique (RDT) yang menggunakan 9 jenis minyak untuk boost up immune system. tahun 2015 raya jugak masa tu jumpa kat rumah anis. jiey siap demo camne nak gunakan kaedah vitaflex di tapak kaki dan simplified RDT kat anak3. 

RDT ni pulak along kawan serumpun masa matriks gak yang introduce. husband dia accident dan patah apa ke and also slipped disc. dia jugak buntu masa tu mencari alternative lain untuk  husband dia. whatever it takes kita ye yang penting orang2 kesayangan kita sihat walafiat.

dalam masa sama aku nak tolong mak aku masalah psoriasis dia. aku beli set minyak untuk mak aku jugak masa tu. sebab aku yakin dengan izin Allah kalau kita usaha lebih sikit utk full utilize YLEO ni inshaAllah kita boleh lihat sendiri result dia. 

sampai lah tiba bulan otober 2015, dimana Young Living Malaysia buat promosi gegile. kau beli banyak ni kau dapat free item lebih dari apa yang kau bayar. dan kawan baik aku nak join beli jugak, itu lah permulaan dimana jiey suggest why not aku join dia buat benda ni sambil2. bila fikir2 balik, aku nak share benda ni. aku nak korang sama feel benda ni. aku nak anak2 korang sihat sama dgn anak2 aku. aku nak korang semua at least cuba 1 and see the different. korang semua pun tau betapa tak bagus nye kalau selalu sangat amik ubat klinik ni. again, bukan nak avoid ye, kita nak cari support system yang lebih baik dan mengurangkan jumlah pengambilan ubat. 

ni lah first sharing session yang aku join. young living di malaysia dah mula expand. so banyak sharing session yang berlangsung. to get to know more about this product, kena rajin2 join sharing. 

ni lah gang minyak aku. dengan diorang lah selalu aku jadi kan bahan rujukan. jiey korang kenal kan? no introduction needed. hehehe.. ni semua rakan sedorm sematriks aku dulu.

ini lah dia sifu yang glamour di 1 Malaysia. dapat jumpa dia sendiri, dengar dia bercakap, the explanation given macam kena pukau kekdah nye. mesti kakak ni pakai abundance time ni. hekhekhek..

and this was actually our first urusniaga sebagai peniaga. baru first time ko. huru hara haru biru. alhamdulillah sejak october sampai sekarang semakin ramai yang nak mencuba young living essential oil ni.

pada aku, benda ni bukan soal wang ringgit komisyen semata. i dont even know how to calculate cimmission pun. apa niat aku, aku nak share, share dan share. aku tau, masa aku sangat limited. dengan tuntutan tugas hakiki, family tapi dalam masa yang sama aku tak nak korang tak tau pasal benda ni. so sempena bulan baru, aku kena upgrade dari share kat facebook / ig semata, aku amik kesempatan ni untuk activate semula blog aku. ralat sungguh bila ramai yang approach mintak share kat blog pasal young living ni. 

inshaAllah aku cuba. dan akan sentiasa berikan update / info terkini pasal Young Living Essential Oils yang awesome ni. kalau korang tanya aku apa 1 minyak yang aku nak korang try? simple : peppermint. hehehe...

untuk korang yang beli dengan aku aku ucapkan terima kasih banyak- banyak2. may we still keep in touch and korang tau aku boleh dihubungi at anytime. untuk yang nak mencuba, please do whatsapp me at : 012-696 4801. nama saya alyyani binti anuar dan #sayajual Young Living Essential Oils. 

akhir kalam : april promotion adalah gila!!! will detail out soon.

Comments

ada. said…
Alhamdulillah.. Ada pun sampai sekarang amaze dengan yleo ni. Tahun lepas kena penyakit tak boleh tido. Dah macam2 cara buat dh, homeopathy, acupunture, jumpa ustaz. Sekejap je menjadi pastu susah tido balik. Kakak ipar ada asyik suggest guna minyak ni, mula2 mcm susah nak percaya heheh tapi last2 surrender gak. Beli terus. Amik lavender, ngan white angelica. White angelica tu pakai tak konsisten sbb tak perasan pon apa2 perubahan tp yang lavender tu memang amazing. Tido malam difuse, calit kat ibu jari kaki ngan leher, calit kat hidong gak nak kasi bau. Jalan.. Zzzzzz.. Sekarang dah habis episod xleh tido. Dah normal dah. Lavender dah abis. Tak topup lg. tapi ada order cedarwood pulak sebab aritu calit kat hidung terus mabuk nak tido. Kikikih amboi komen dah serupa nk post entri dah ni. Hahahahaha ok kak selamat berniaga :)
alongaishah said…
memorable sungguh perjalanan kita..tak sangka jugak sekarang kita dah jadi distributor...
Raihana said…
saya baru nak berjinak-jinak dengan EO ni..menarik sungguh entry..terasa nak cuba pula..😊😊
Unknown said…
Wah bagusnya!..Anak srkg demam. selalu demam , selsema batuk, vitamin,ubat dah bagi, after 1 month ok dalam seminggu je, then demam balikk.. dah servey paal yl tapi kurang kepastian, maklum lah barang mahal. Nak cuba lah yl ni.. tengh mecari lagi n lagi review pasal yl ni.. menarik.. terima kasih post pasal ni. sekarang yakin nak beli untuk anak..

(beli barangan sendiri boleh, takkan beli barangan untuk anak sihat tak boleh kann..) :D

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber