sampai je perak senseng lengan duduk dapur. masa ni aku tgk adik aku ina dah macam tapai nak expired mukanya. hahahaha... anak harapan bangsa menyediakan juadah untuk para tetamu. rumah cikgu rokiah kalau raya memang ramai sedara mara datang singgah. raya la nak berjumpa. so expectation orang datang beraya pun mmg kena ada makan berat rumah cikgu rokiah. makanya #temaperak terus bertukar jadi #teamdapur. dah gembira rest2 kat kedah ziarah segala dok perak vice versa.
3 Syawal
#teamjejantan.
tema tahun ni bergambar di luar rumah. sebab mak aku kambus dah pasir kat porch luar siap letak rumput hijau yang menjadi port orang amik gambar kalau datang. panas terik pun amik gambar jugak, gigih sangat disitu.
malam kitorang beraya rumah makyong. kira rumah 1st aku beraya balik perak. jiran belakang je ni. order nak makan apa then siap! hehehe.. tq makyong!
balik dari rumah makyong mula projek menggentel bergedil sebab nak makan soto. buat siap2 malam esok terus ngap. ada orang datang boleh jamu jugak
ina masak sambal udang. pukul 12 malam makan nasi lauk sambal udang tanpa rasa bersalah nye.. tah tido pukul bape pun tak tau lah. dengan nak menyiapkan rencah untuk soto lagi semua.
4 Syawal
keluar rumah pegi balik rumah opah. sebelum tu ada kenduri kat taman rumah mak dgn kenduri kat mana tah. nampak durian deme makan durian. ai is dok tepi
rafa, balik kampung tak mau kat orang. so bekepit aje lah dgn mama. time dia mood ok jgn lah kacau dia. bia dia pegi mana dia nak pegi.
beraya rumah opah. time ni memang aku dah kehabisan baju (kufur nikmat punya statement disitu). so mix and match apa yang ada je. gossip dgn opah. hahaha.. nia dah menurun tu. kaki busy body. tu duduk kat tgh. nak korek cerita2 sensasi.
malam sambung operasi di dapur. budak ni baru balik keje dah kena kacau sambal tumis. raya ke-5 rumah mak aku buat open house. so mak masak nasi lemak. yang lain semua cater.
atuk siap amik speaker dgn mic dari surau. over nau nau atuk. tak cukup over lagi, adik ipar aku siap dapat bawak speaker beso apak dia punya. paling over! hahahah..
biggest achievement aku sepanjang balik kampung tahun ni, rafa gadgetless. lantak lah nak menyendeng kat mama je janji putus gadget. i'm a happy mama
5 Syawal
pagi tu memang menyiapkan segala benda lah. lepas zuhur menjemput nye. dalam pukul 2. time ni kitorg dah siap lah. amik gambar dulu kat rumput hijau opah dulu. ok, ada cite kelakar kat sini. kitorg ni kenkonon nak suruh ayah buat open house hari sabtu raya ke4 sebab mak kata ahad tu ramai yang menghantar anak balik asrama. tapi mengenangkan sabtu ainal keje, ok buat lah ahad. lepas tu kan bila kitorg semua dah siap kan. jam dah pukul 2 gitu ke lebih sikit, nan ado orang ko. mak aku dah cuak dah. kitorg lagi lah. yang paling rilek tgh gosok baju sape? ainal! rilek je dia. kitorg semua dah cuak 8 ada ke org nak dtg ni. mak dah bebel2 aku dah kata buat sabtu mengikut si ainal la ni. hahahah...
tak lama lepas tu baru lah menderu orang datang. hahahaha.. cuak ok! ainal tu rilek je dia kata aku tau la, org sini kalau kenduri mana yang tak de orang. mmg penuh punya. alhamdulillah walaupun hari ahad jemputan pun ramai. mak punya nasi lemak licin, mihun sup dgn laksa ada baki untuk tetamu malam. nasi impit rendang ayam lemang kuah kacang satay memang settle awal lagi lah.
dah lewat petang selesai dah semua, kitorg amik 1 last photo. port wajib : rumput ijau
missing kak long and family here... diorg rotate dgn kitorg. diorg balik johor pulak.
gambar keluarga raya ke-5. mana gambar keluarga raya ke-4? mandang!
6 Syawal
pulang ke sarang. nia exam selasa. boleh exam lepas raya? boleh aje dia. tak baca buku lagi elok result nye. suka ko lah nia. upsr esok mama skru kan.
rindu ini! biasa memang balik dari kampung kitorg singgah midvalley nak pekena ni kat chillis.
sekian lah cerita raya kat both kampunt. menyusul selepas ini #rayakansebulan
thank you for reading!
Comments
paling suka bila bergambar ramai2 camni...