Skip to main content

Grab Car - pengalaman pertama

grab car / uber. apa beza? tatau... sama konsep tapi lain company lah kot eh. gitu? so semalam first experience aku menggunakan servis seumpamanya. how was it? ni buat entry ni. apsl tak update kat IG? for the sake of i miss my blog very very much. hahahha...

anis dgn fad ajak lunch sekali kat area office diorang. kalau dah nama area jalan tun razak tu, membayangkan kesusahan nak parking tu nanti kan. hence, grab car. kenapa grab car tak uber? sebab office aku selalu guna service grab car. benda berlaku semalam. so semangat nak share. hahah..

11.30 dah plan lah kan install apps dia dulu, sekali tertekan book ko. terus dia find kan driver di kawasan berdekatan. in 2 minutes time katanya grab car datang. aku cam what!! panic! hahaha.. sebab kebetulan masa tu boss aku masuk bilik aku. and lunch hour aku pukul 12.30. idak lah terfikir within minutes boleh sampai nye. ajer! macam mana benda alah ni berfungsi. kagum!

so aku call2 lepas tu dia suruh cancel kat apps. kabut kau! dengan boss kat depan aku. hahaha.. budak office aku tolong cancel kan. settle. dalam 12.15 aku panggil balik. lepas tu dia search2 tak de pulok. ah neves, kena black list lah ni. hahahah..

tak lama lepas tu ada. lepas tu kejap2 dapat msg dah otw, dah nak sampai, please get ready. nerve! hahaha... lepas tu sampai. tah sape nama budak tu. kete axia. kena bayar rm9. masuk2 je lepas tu jalan, lepas tu aku tanya "alamak dik, ni kena duduk depan ke duduk belakang ni?" "kenapa? akak nak duduk depan boleh je. kang takut boyfriend akak marah pulak" wah boyfriend kau! mesti dia ingat iols bujang lagi kilat kuku. 

ni budak tu. nak tunjuk ke wan. hahaha... hensem. kalau tua sikit bole rekemen ke amalina. hahaha... 

"ye lah tu. jap nak call laki akak, rasa berdosa pulak" "hahahahahah!" gelak budak tu. tak dan nak call boss pulek call! tak dan nak call wan, udah sampey nye sebab borak dengan budak tu. umur 24 tahun, student uitm kot. kereta sewa lepas tu buat grab car. kagum! sekarang dalam process beli kereta sendiri. kalau maintain seminggu dalam 101 trip boleh dapat RM1k - RM2k katanya. wow. "ko buat ni sebab nak kahwin ke dik?" "ish mana ada kak. cari side income."

maka sampai lah ke tempat yang dituju, call wan. kabo ke dia. macam police pencen la bertanya kan. gitu gini settle dah, nak balik aku amik grab car kat intermark pulak. nerves lagi takut tak dapat kereta lepas solat jumaat. memula cari tak jumpa, kena beberapa kali tekan find baru ada. tak lama jugak, 5 minit waiting time. 

kali ni naik honda city baru. umur dia 29 tahun kena retrenched from PDB last year. wife dia pun kena retrench jugak. dia HR, wife dia technical engineer. alahai... kereta nak kena bayar, rumah nak kena bayar, anak lagi. so grab car lah. kalau buat consistent selama sebulan boleh earn 6k - 7k sebulan. wow! weekend family time. dia cite ada kawan dia buat sementara tunggu anak tuisyen. malam hantar pukul 8, lepas tu jalan2 buat grab car, pukul 10 malam balik amik anak. macam terbayang muhamad ridzuan aje. hahahah..tapi dia tak boleh stay kat rumah lah, kena berjalan. gitu katanya. yang bayar cash macam aku, terus dapat ke dia, macam hari ni dia kata ada trip pegi airport, dah boleh dapat rm70 - rm80 sekali trip. banyak dah tu. sampai tgh hari dia dah dapat almost rm200 sebab ada trip pegi airport. 

ramai yang buat grab car / uber ni aku rasa. and aku baru tau pasal kriteria dia. kereta mesti tak lebih dari 10 tahun dan minimum kereta adalah viva ke atas. ada jugak selection kereta biasa dan kereta mewah. ha gitu. kalau kata wan nak buat aku ok je, cuma kena pandai manage time dan tak kalut bila nak handle urusan harian yang sedia ada. aku tanya budak ex-PDB tu, "kalau akak nak suruh husband akak nak buat boleh ke dik?" "jangan tak buat kak. buat lah kalau ada free time. kena ada kereta yang ada minyak aje" gitu katanya. menarik kan? kalau klang valley area ni memang boleh buat lah kan. 

tu lah serba sedikit pasal grab car. boleh je naik kalau keadaan memerlukan. kalau aku, aku prefer drive sendiri pegi mana2. even office provide driver, aku suka bawak kereta sendiri. sebab time tu aku rasa dapat me time aku. boleh layan perasaan sambil karok dalam kereta. penat naik grab car ni penat bersembang kot. aku sebab first timer tu eager nak tau pasal grab car ni. heheheh...


Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber